Langgan newsletter kami!
Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (Astro Ria)

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis (Astro Ria)

Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis adalah drama terbaru yang akan ditayangkan di saluran berbayar Astro Ria dan Ria HD. Drama yang bakal bersiaran melalui Slot DramaVaganza setiap Isnin hingga Jumaat ini diinspirasikan dari novel karya Aulia Iman.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusof Bahrin, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Ross dan ramai lagi. Ia diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Mache Allstar United Sdn Bhd.

Info Drama Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

  • Epidos: 24 episod
  • Tarikh Tayangan: 24 Disember 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria dan Ria HD (Slot DramaVaganza)
  • Penulis Skrip: Intan Zarina
  • Penulis Novel: Aulia Iman
  • Pengarah: Hashim Rejab
  • Produksi: Mache Allstar United Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin, Elly Mazlein, Harun Hashim, Azri Iskandar, Catriona Ross, Reza Hasbi, Norlia Ghani, Aman Graseka, Zarynn Min, Yusri Saleh

Watak Pelakon

Lagu Tema / OST

  • Asmara – Amir Masdi

Sinopsis Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Drama ini mengisahkan tentang cinta pandang pertama seorang jejaka bernama Kris Al-Hadi dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila telah dituduh pecah amanah dan kemudiaannya didapati bersalah dan ditahan di penjara. Kris telah membantunya dan semenjak itu mereka mula saling menyukai.

“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”- Kris Al-Hadi

“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”- Salsabila

Namun kedatangan Yasmin iaitu tunang kepada abangnya, Khairyl yang selalu cuba mengodanya telah menyusahkannya. Kris telah dipaksa untuk berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya kerana berlaku salah faham. Kris yang tidak bersetuju dengan keputusan itu telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain.

Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangnya, Kris dan Salsabila merasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris telah membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: