Langgan newsletter kami!

Profile Pendakwah Tersohor Dr. Zakir Naik

Biodata Dr. Zakir Naik

  • Nama Penuh: Dr. Zakir Abdul Karim Naik
  • Tarikh Lahir: 18 Oktober 1965
  • Tempat Lahir: Mumbai, India
  • Isteri: Farhat Naik
  • Anak: Fariq Zakir Naik dan Rushda Naik
  • Pendidikan:
    – St. Peter’s High School (ICSE)
    – Kishinchand Chellaram College
    – Topiwala National Medical College
    – University of Mumbai (Bachelor of Medicine Bachelor of Surgery)
  • Pekerjaan: Doktor, Penulis dan Pendakwah
  • Pencapaian:
    – King Faisal International Prize for Service to Islam tahun 2015
    – 10 Guru Spiritual Terbaik di India
    – 100 Orang India Terkuat 2009

Fakta Menarik Tentang Dr. Zakir Naik

  • Menjadi pendakwah pada 1991 dan dikenali kerana pandangan dan ceramah beliau mengenai Islam serta mahir dalam perbandingan agama
  • Pengasas dan Presiden Yayasan Penyelidikan Islam atau Islamic Research Foundation (IRF)
  • Keputusannya untuk menjadi seorang pendakwah kerana mendapat inspirasi dari gurunya, Ahmed Deedat yang merupakan seorang pendakwah Islam yang aktif melakukan dakwah selama lebih 40 tahun
  • Antara tujuan dakwah Dr. Zakir Naik adalah untuk menghilangkan pandangan negatif tentang Islam selepas tragedi serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat
  • Dr Zakir Naik telah banyak menjelajah dunia menyampaikan dakwahnya dan kedatangannya ke Malaysia baru-baru ini disambut dengan kehadiran beribu-ribu orang dalam siri ceramahnya, walaupun dibantah oleh ahli-ahli HINDRAF
  • Telah ramai penganut agama lain terutamanya Kristian, Hindu dan Atheis memeluk agama Islam setelah menghadiri ceramah, berdebat dan bertanya sendiri soalan dengan Dr. Zakir Naik
  • Pada 1 April 2004, Dr. Zakir naik pernah berdebat secara langsung dengan William Campbell dengan tajuk ‘Islam dan Kristian dalam Ilmu Pengetahuan’ yang membicarakan mengenai kesalahan-kesalahan ilmiah yang terdapat di dalam kitab suci
  • Dr. Zakir Naik juga pernah mengajak Sri Paus untuk berdebat secara langsung namun belum ada respon dari vatikan tersebut
  • Salah satu kemampuan yang dimiliki oleh Dr. Zakir Naik ialah ingatannya yang kuat tentang Al-Quran dan Hadist Bukhari Muslim. Beliau juga juga memiliki hafalan yang kuat terhadap kitab-kitab agama lain seperti kitab weda, tripitaka, bhagavad gita.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: