Kali ini kami ingin kongsikan Resepi Ayam Masak Paprik yang dipopularkan dari negara jiran Thailand. Masakan ini sangat sedap dimakan untuk sajian berat seperti makan tengah hari ataupun makan malam. Ia juga selalu disesuaikan untuk dijadikan nasi goreng paprik.

Seperti kebanyakan masakan Thai yang lain, masakan ayam masak paprik ini memang kaya dengan pelbagai rasa seperti pedas, masam dan manis. Selera makan anda pasti akan terbuka bila masakan ini dihidangkan panas-panas!

 

Bahan-bahan Ayam Masak Paprik Ala Thai

A) Bahan Asas

  • 2 bahagian dada ayam – dipotong kecil
  • 4 biji cili padi – diketuk
  • 2 sudu makan cili kering – dikisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris serong
  • 1/2 inci halia – dihiris halus
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris memanjang
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • Serbuk perasa/ajinomoto (optional)

B) Bahan Sayuran

  • 2 biji putik jagung – dihiris pendek
  • 2 tangkai kacang polong – dihiris pendek
  • sedikit bunga kobis – dipotong kecil
  • 1/2 biji lobak merah – dihiris memanjang

 

Cara Memasak Ayam Masak Paprik Ala Thai

  1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. Tos dan ketepikan ayam yang telah siap dimasak.
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga harum.
  3. Masukan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukan kicap manis, sos cili, sos tiram dan sos tomato kemudian kacau hingga rata.
  5. Masukan ayam yang siap digoreng tadi dan kacau lagi hingga rata.
  6. Masukan serai, air dan daun limau purut.
  7. Masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata.
  8. Masukkan semua bahan sayur-sayuran dan bawang besar kemudian masak sehingga sayur sedikit empuk.
  9. Siap! Ayam masak paprik ala thai sedia untuk dimakan.
Carian Berkaitan: resepi paprik ayam, resepi ayam paprik, ayam masak paprik, resepi ayam