Home / Makanan / Resepi Kerabu Seafood Ala Thai Yang Awesome
Kerabu Seafood Ala Thai Yang Seda

Resepi Kerabu Seafood Ala Thai Yang Awesome

Bahan-bahan Kerabu Seafood

  • 300g seafood
    Boleh campur ikut citarasa anda. Cadangan:
    – 100g sotong dihiris bulat
    – 100g udang dibersihkan
    – 50g isi ikan merah dihiris
    – 50g jejari ketam dihiris
    – Boleh juga tambah isi kerang atau kupang jika mahu
  • 1 biji tomato (dibuang biji dan dipotong memanjang)
  • 1 batang lobak merah (dihiris memanjang)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 5-7 biji cili padi (dihiris halus)
  • Daun sup dan daun ketumbar (dihiris halus)
  • 5 sudu besar jus limau nipis
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit suhun (glass noodles)

 

Cara Memasak Kerabu Seafood Sotong dan Udang

  1. Rebus seketika suhun sehingga lembut dan toskan.
  2. Rebus udang dan sotong yang telah dibersihkan. Anggaran masa merebus adalah 1-2 minit sahaja kerana jika terlebih masak, udang dan sotong akan menjadi keras dan liat. Kemudian toskan.
  3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan sos ikan, jus limau nipis, gula, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Kacau hingga sebati.
  4. Gaul semua bahan tersebut dengan lauk udang dan sotong sehingga sebati. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas.
  5. Hiaskan dengan taburan daun ketumbar, daun bawang dan hirisan cili merah.
  6. Kerabu seafood salad siap yang paling sedap siap untuk dihidang!

Kerabu Seafood Ala Thai Yang Seda Kerabu Seafood Salad

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: