Home / Makanan / Resepi Kwetiau Daging Ekspress
Kwetiau Goreng Daging Sapi

Resepi Kwetiau Daging Ekspress

Bahan-bahan Kwetiau Daging

  • 150 gm kwetiau
  • 200 gm daging (direbus terlebih dahulu)
  • 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil cili kisar
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji telur
  • sedikit stok daging
  • sedikit sayur-sayuran (boleh letak sayur yang diinginkan seperti taugeh dan hirisan bawang besar)
  • sedikit¬†garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Memasak Kwetiau Daging

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih dan cili kisar sehingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, daging dan stok daging.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan sayur-sayuran, kwetiau, bancuhan tepung jagung dan telur.
  5. Kacau perlahan-lahan sehingga masak.
  6. Kwetiau daging siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: