Langgan newsletter kami!
Laksa Penang Asli Paling Sedap

Resepi Laksa Penang Asli Paling Sedap

Laksa Penang merupakan sejenis makanan berkuah yang sangat popular di bukan sahaja Malaysia malahan di Singapura juga. Ia sangat mudah didapati di mana-mana restoren, foodcourt malahan gerai di tepi jalan serta pasar malam.

Resepinya dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Kuah Laksa Penang yang sedikit cair dan mempunyai rasa masam manis cukup digemari ramai. Ada yang memanggilnya juga dengan nama asam laksa.

Dan menurut kaji selidik antarabangsa, laksa penang merupakan satu-satunya makanan yang berasal dari Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia. Hebat kan?

Jom kita lihat cara-cara membuat laksa penang.

Bahan-bahan

  • 1 kg laksa (dicelur)
  • 1 kg ikan kembung (boleh juga guna ikan selayang / ikan sardin)
  • 2 batang bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur
  • 10 biji cili padi
  • 1 tangkai daun kesum
  • 2 sudu besar otak udang
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 liter air
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 biji telur rebus
  • sedikit daun salad (dipotong halus)
  • 1 biji timun (dipotong memanjang halus)
  • garam secukup rasa

Cara Rebus / Celur Laksa

  1. Ambil laksa dan rendam dahulu selama lebih kurang sejam. Tujuannya ialah supaya apabila direbus nanti laksa akan cepat lembut.
  2. Rebus laksa seperti biasa.

Cara Memasak Kuah Laksa Penang

  1. Rebus terlebih dahulu ikan kembung sehingga lembut.
  2. Masa merebus disarankan untuk masukkan asam keping 3/4 keping dan garam kasar. Tujuannya supaya kuah ikan tidak bernau hanyir.
  3. Sudah siap merebus, buangkan tulang ikan dan kisar isi ikan sehingga halus.
  4. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daum kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk.
  5. Biarkan ia mendidih selama 20 minit.
  6. Masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10 minit.
  7. Ok, kuah laksa penang siap dimasak. Baru siap masak belum dihidang lagi. Sabar..

Cara Menghidang

  1. Masukkan laksa ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan kuah laksa panas sehingga penuh.
  3. Letakkan salad dan timun yang siap dipotong.
  4. Letakkan telur rebus separuh.
  5. Boleh letakkan limau lipis untuk lebih sedap.
  6. Ok, laksa penang siap untuk dimakan. Nyum.. nyum..

sedapnya-asam-laksa laksa-penang-asli-paling-sedap

Rujukan: Wiki

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: