Langgan newsletter kami!
Logo KPM MOE Kementerian Pendidikan Malaysia

SAPS Ibu Bapa Login: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SAPS Ibubapa ataupun Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Ia boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Sistem analisis secara online ini juga boleh bertindak sebagai “Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).

Dengan adanya SAPS, ibu bapa kini tidak perlu lagi bersusah payah ke sekolah setiap kali mahu mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak. Ini kerana, dengan sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan pelajar secara online sahaja. Dengan hanya perlu login melalui komputer atau telefon bimbit, keputusan exam pelajar untuk tahun 2019 dan tahun-tahun mendatang akan dipaparkan terus kepada anda.

SAPS Semakan Ibu Bapa Online

Melalui sistem ini juga, ibu bapa boleh mengetahui Kedudukan Dalam Kelas (KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah (KDD) bagi sekolah rendah atau Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) bagi sekolah menengah.

Untuk makluman, sistem SAPS menyokong kesemua ujian di peringkat sekolah termasuk ujian percubaan sekolah rendah dan menengah. Namun bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM, ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Cara Semak Saps Ibu Bapa Secara Online

[infobox style=”alert-info”]Untuk semakan kedudukan dalam kelas atau semakan slip peperiksaan pelajar,
sila layari portal rasmi SAPS seperti di bawah:

https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/[/infobox]

  • Langkah 1: Carian Murid
    – Sila login dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar
    – Klik “Cari”.
  • Langkah 2: Carian Sekolah
    – Pilih negeri
    – Pilih daerah
    – Pilih sekolah
    – Klik “Semak”

Sistem kemudiannya akan memaparkan rekod keputusan peperiksaan pelajar yang terkini termasuk pencapaian gred, rekod kedudukan dalam kelas dan peratusan markah pelajar-pelajar.

Berikut adalah sistem gred pemarkahan sebagai rujukan:
[infobox style=”alert-success”]

Gred Sekolah Rendah
  • 80-100 Gred A Cemerlang
  • 65-79 Gred B Baik
  • 50-64 Gred C Memuaskan
  • 40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir
[/infobox] [infobox style=”alert-success”]
Gred Sekolah Menengah
  • 85-100 Gred A Cemerlang
  • 70-84 Gred B Kepujian
  • 60-69 Gred C Baik
  • 50-59 Gred D Memuaskan
  • 40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH Tidak Hadir[/infobox]
[infobox style=”alert-success”]
Gred Menengah Atas
  • 90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C Kepujian
  • 45-49 Gred D Lulus Atas
  • 40-44 Gred E Lulus
  • 0-39 Gred G Gagal
  • TH Tidak Hadir[/infobox]

Masalah Login SAPS

Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, cara paling pantas untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menghubungi HELPDESK atau berhubung terus dengan guru penyelaras di sekolah masing-masing.

Berikut adalah langkah yang perlu diikuti:

  1. Ibu bapa perlu menghubungi Guru Kelas anak mereka bagi memaklumkan masalah.
  2. Guru Kelas akan menyemak nombor Kad Pengenalan dengan dokumen sokongan (Kad Pengenalan / Sijil Lahir).
  3. Jika disahkan salah, Guru Kelas akan mengemaskini maklumat pelajar berkenaan di APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) dan melaporkan masalah ini kepada SUP (Setiausaha Peperiksaan) sekolah.
  4. SUP (Setiausaha Peperiksaan) akan mengemaskini nombor Kad Pengenalan pelajar tersebut di SAPS.

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa memahami dengan lebih jelas tentang proses semakan keputusan pelajar secara online melalui SAPS.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: