Langgan newsletter kami!
Agama Kedamaian

Selepas Teruk Dikecam Aliff Syukri Lancarkan Lagu Nasyid Pula

Selepas menerima pelbagai kritikan dan dikecam kerana lagu penuh kontroversi Bobo Di Mana, Dato’ Seri Aliff Syukri kini melancarkan sebuah lagu nasyid berunsurkan ketuhanan pula.

Lagu ini dinyanyikan bersama isterinya Datin Shahida yang boleh ditonton melalui YouTube Channel TV Terlajak Laris Official. Lagu yang baru sahaja dilancarkan 3 hari lepas kini telah menjadi trending nombor #1 di Youtube.

Untuk rekod, lagu berjudul Agama Kedamaian adalah hasil sentuhan komposer dan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun. Susunan muziknya pula diinspirasikan daripada lagu Deen Assalam yang sememangnya popular dinyanyikan oleh Nissa Sabyan.

Rata-rata netizen memuji lagu tersebut malahan menyifatkan vokal Datin Shahida sangat baik menyanyikan lagu tersebut. Semoga Dato’ Seri Aliff Syukri terus istiqamah dan berharap ia akan menjadi pencetus untuk bergerak ke arah yang lebih islamik.

Lirik Lagu Agama Kedamaian

Penyanyi: Dato’ Seri Aliff Syukri & Datin Shahida

Killa hadzil ard mataqfii masahah
Lu na’i syibla samahah
Winta’ayasna bihub
Lau tadiqil ardi naskan kalli galb

Abtahiyyah wabsalam
Ansyuru ahlal kalam zainuddin yahtirom
Ibmahabbah wabtisam
Ansyuru bainil anam hadzahuddinissalam

Hadirlah kedamaian
Sebarkanlah ucapan yang penuh kemanisan
Kasih sayang dan senyuman
Sebarkan seluruh alam agama kedamaian

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: