Langgan newsletter kami!
Saman Polis

Semakan Saman Trafik PDRM, JPJ Dan AES Secara Online

Anda mahu check berapa kali anda telah kena saman? Tentunya sepanjang pemanduan, anda mungkin pernah melakukan kesalahan trafik seperti speed trap, melanggar lampu isyarat mahupun mengubahsuai kenderaan tanpa tidak mengikut spesifikasi yang menyebabkan anda dikenakan saman oleh polis PDRM dan JPJ. Mungkin juga anda secara tidak sengaja memandu melebihi had laju lantas dirakam oleh kamera AES!

Jadi di sini kami akan kongsikan dengan anda cara semak saman PDRM atau JPJ secara online. Di samping menyemak saman, anda juga boleh terus bayar saman melalui sistem MyEG dan Rilek. Mudah bukan?

Berikut adalah cara semak saman secara online melalui portal MYeG dan Rilek.

Semak Saman Online Melalui MyEG

Melalui portal MyEG, anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES.

  1. Layari laman web http://www.myeg.com.my
  2. Sila daftar dahulu sekiranya anda menggunakan servis ini buat pertama kali.
  3. Setelah selesai daftar, sila login menggunakan username dan password.
  4. Setelah login, pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau PDRM Enquiry & Payment.
  5. Untuk saman AES, pilih JPJ.
  6. Masukkan nombor plat kenderaan anda dan semak sekiranya anda mempunyai saman tertunggak.
  7. Sekiranya anda mahu buat pembayaran saman,  sila cetak resit anda sebagai bukti.

Semak Saman Online Melalui Portal Rilek

Melalui portal Rilek, anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh PDRM dan JPJ.

  1. Layari laman http://www.rilek.com.my/
  2. Daftar dahulu sekiranya anda pengguna kali pertama.
  3. Login menggunakan e-mail dan password.
  4. Lakukan carian mengikut kaedah semakan yang telah disediakan.

Semak Saman Online Melalui Portal JPJ

Melalui portal JPJ, anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh JPJ sahaja termasuklah saman AES. Semakan saman AES adalah yang paling cepat dipaparkan di laman web JPJ ini.

Mudahnya semak dan bayar saman secara online. Anda tak perlu ke Kaunter Trafik COPS untuk menyemak saman.

Kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: