Langgan newsletter kami!
Suasana Pasar Malam

Senarai Pasar Malam Putrajaya dan Sekitarnya

Pasar malam adalah suatu tempat yang diketahui umum menjual pelbagai jenis barangan dan makanan dengan harga yang murah dan berpatutan. Antara gerai popular di pasar malam adalah gerai makanan seperti nasi beriani, nasi goreng, char kuey teow, keropok lekor, bakso, bihun sup, jagung rebus dan bermacam lagi. Berbeza dengan pasar tani yang kebanyakannya lebih tertumpu kepada jualan produk mentah sahaja dan dibuka pada waktu pagi, pasar malam dibuka seawal jam 4 petang sehingga malam.

Selain itu, pengunjung pasar malam juga boleh membeli barangan lain seperti sayur-sayuran, buah-buahan, lauk pauk (ikan, ayam, daging, sotong, udang) dan bahan mentah masakan (bawang, ikan bilis, rempah memasak). Selain bahan makanan, terdapat juga gerai yang menjual pakaian, kasut dan selipar serta barang mainan kanak-kanak. Pendek kata, nak beli apapun semua ada dijual di sini. Rata-rata harganya lebih murah dari barangan yang dijual di kedai biasa. Malahan jika anda bermulut manis dan pandai tawar-menawar, anda mungkin akan dapat harga yang lebih murah!

Penduduk di Putrajaya juga tidak terkecuali untuk sama-sama memeriahkan pasar malam yang pernah beberapa kali berubah tempat sepanjang 10 tahun ini. Namun lokasi terkini pasar malam telah diputuskan (seperti di bawah) dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya kawasan parking, keselesaan pengunjung, kesesakan trafik dan ruang membeli yang luas. Berikut adalah lokasi pasar malam Putrajaya terkini.

Lokasi dan Tarikh Pasar Malam Putrajaya

  • Lokasi: Presint 2 (Berdekatan McDonald’s Drive Thru Putrajaya)
  • Tarikh: Setiap Selasa dan Jumaat
  • Waktu Operasi: 4.00 petang hingga 11.00 malam
  • Gerai Makanan Popular Pasar Malam Putrajaya
    – Ayam Goreng Kunyit Putrajaya
    Wan Atiq Nasi Kerabu
    – Maju Bhai (kuey teow, bihun dan mee goreng RM3)
    Jus Mangga Balang Viral
     – Yong Tau Foo Putrajaya / Ampang Best
    – Burger Bakar Homemade

Selain Putrajaya, terdapat juga pasar malam yang berada di kawasan sekitarnya seperti Bangi, Kajang, Dengkil dan Desa Pinggiran Putra. Sekiranya anda tinggal di kawasan ini, atau baru sahaja berpindah, bolehlah rujuk senarai seperti di bawah:

Lokasi dan Tarikh Pasar Malam Desa Pinggiran Putra

  • Lokasi: Laluan jalan berhadapan Restoran Adira Tom Yam, Desa Pinggiran Putra
  • Tarikh: Setiap Selasa dan Sabtu
  • Waktu Operasi: 4.00 petang hingga 11.00 malam

Lokasi dan Tarikh Pasar Malam Dengkil

  • Lokasi: Pekan Dengkil
  • Tarikh: Setiap Selasa
  • Waktu Operasi: 4.00 petang hingga 11.00 malam

Lokasi dan Tarikh Pasar Malam Sekitar Kajang

  • Ahad: Taman Kajang Utama, Taman Kenari Kajang, Taman Bukit Mewah, Desa Jenaris
  • Isnin: Taman Setia Sg. Chua, Hentian Kajang, Seksyen 2 Bandar Teknologi Kajang
  • Selasa: Taman Sri Langat, Taman Kajang Perdana
  • Rabu: Taman Asa Jaya, Seksyen 3 Taman Kajang Utama
  • Khamis: Taman Jasmin, Kg Baru Sg. Chua, Prima Saujana, Kg. Sg. Sekamat, Seksyen 3, Bandar Teknologi Kajang
  • Jumaat: Hentian Kajang, Sg Jelok
  • Sabtu: Taman Delima

Lokasi dan Tarikh Pasar Malam Sekitar Bangi

  • Ahad: Tiada
  • Isnin: Seksyen 7, Bangi
  • Selasa: Depan Tenera Hotel Bangi, Bandar Seri Putra
  • Rabu: Seksyen 4, Bangi dan Seksyen 9 Taman IKS
  • Khamis: Seksyen 7, Bangi dan Pekan Bangi
  • Jumaat: Seksyen 4, Bangi dan Bandar Bukit Mahkota
  • Sabtu: Depan Tenera Hotel, Bangi, Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: