Home / Hiburan / Suatukala: Timun Mas & Ijo (Astro First)
Suatukala Timun Mas & Ijo

Suatukala: Timun Mas & Ijo (Astro First)

Suatukala: Timun Mas & Ijo merupakan filem televisyen (FTV) berunsur komedi kembara fantasi yang sarat dengan input positif dan nilai-nilai murni. Ia adalah sekuel kepada ‘Suatukala: Malin Kundang, Merah & Puteh dan Badang’.

Ia menghimpunkan nama-nama besar dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia. Pelakon wanita Malaysia seperti Fasha Sandha membawakan watak antagonis, Mak Andeh iaitu ahli sihir yang memiliki kuasa sakti dari negara Inderaloka. Wataknya diiringi oleh dua pengemudi lain, Fikry Kiki sebagai Mat Jenin dan Kishok Kumar sebagai Ijo.

Mengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ iaitu cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada pelakon wanita yang berasal dari republik tersebut. Watak Timun Mas dijayakan oleh pendatang baharu, Thalia, manakala Prisia Nasution pula memegang watak Mbak Sarini.

Filem ini bakal bersiaran mulai 1 Ogos 2019 di Astro First Eksklusif melalui saluran 480 dan platform digital, On Demand dengan pembelian RM15.

Info Suatukala: Timun Mas & Ijo

  • Mula Tayangan: 1 Ogos 2019
  • Stesen TV: Astro First Eksklusif 480
  • Pengarah: Shamyl Othman
  • Produksi: Red Communications Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Fasha Sandha, Thalia Ivanka, Prisia Nasution, Fikri Kiki, Kishok

Watak Pelakon Suatukala: Timun Mas & Ijo

  • Thalia Ivanka sebagai Timun Mas
  • Fasha Sandha sebagai Mak Andeh
  • Kishok sebagai Ijo
  • Prisia Nasution sebagai Mbak Sarini
  • Fikry Kiki sebagai Mat Jenin

Sinopsis Suatukala: Timun Mas & Ijo

Mengisahkan tentang Timun Mas yang lahir dari sebiji timun gergasi dan dibesarkan oleh Mbak Sarini yang melatihnya untuk bertempur dan lari dari serangan musuh, terutamanya jauh dari gengaman wanita sihir, Mak Andeh. Timun Mas dikejar oleh Ijo, raksasa yang menggerunkan. Timun Mas perlu menggunakan keberanian, kemahiran dan kuasa ajaibnya untuk membebaskan diri dari Ijo, tanpa mengetahui kuasa sebenar yang dimiliki dirinya.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: