Langgan newsletter kami!
Tidur Dan Mimpi

Tafsir Mimpi Mengandung

Mimpi adalah mainan tidur. Tapi mimpi juga boleh menjadi alamat seseorang itu mendapat perkara yang baik mahupun buruk. Mimpi mengandung dapat ditafsirkan bahawa seseorang itu akan beroleh rezeki yang lebih daripada kebiasaan. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk. Jadi mimpi mengandung dan memperolehi anak adalah simbolik kepada kemungkinan akan mendapat rezeki.

Disebutkan bahawa, sangat beruntung jika ada wanita yang bermimpi mengandung kerana menurut orang dulu-dulu, itu petanda baik dan membawa kesenangan. Tetapi, agak malang jika seorang lelaki bermimpi mengandung kerana ia adalah sesuatu yang pelik. Jika dah luar daripada kebiasaan maka alamatnya mungkin membawa maksud yang kurang baik. Namun bagi seorang suami bermimpi isterinya mengandung, ia dikatakan mimpi yang mendatangkan alamat yang baik.

Tafsir Mimpi Mengandung

Menurut pandangan ahli tafsir mimpi, seorang wanita yang mimpi mengandung bermaksud dia akan mendapat rezeki berupa wang ringgit. Namun, jika seorang lelaki mimpi dirinya mengandung kemungkinan itu alamat dia akan berhadapan dengan kesulitan. Maka, beringat dan berwaspadalah.

Kebanyakan penafsir mimpi berpendapat mimpi hamil ini secara amnya adalah baik petandanya iaitu kebiasaannya petanda akan bertambah harta. Anak-anak juga adalah ‘harta’ kepada kedua ibubapa. Betul tak?

Ibnu Sirin dalam tafsirnya turut menyebut, seorang suami yang mendapat mimpi isteri sedang hamil menggambarkan bagaimana kedua pasangan ini sedang menunggu datangnya harta. Pendek kata akan bertambah rezeki.

Semoga tafsiran mimpi hamil ini benar-benar menjadi kenyataan buat mereka yang berhajat, Insyaa Allah.

Pendapat Lain Tentang Mimpi Mengandung

1. Merancang Untuk Hamil dan Bermimpi Sedang Hamil

Ada perkaitan besar bahawa keinginan dalam dunia sebenar terlalu kuat sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Ia sesuatu yang sangat normal dan biasa terjadi terutamanya untuk seorang wanita yang kuat emosinya.

Tambahan lagi sekiranya usia perkahwinan itu sudah panjang menjangkau bertahun-tahun lamanya. Serta keinginan untuk hamil itu tidak diluahkan kepada orang lain dan sekadar dipendam sendiri sahaja. Maka tidak mustahil perkara ini akan terbuai-buai dalam mimipi.

Untuk pasangan sebegini, perbanyakkan doa semoga Allah SWT mengabulkan hajat untuk mendapat seorang cahaya mata yang soleh dan solehah buat penuejuk hati ibu dan bapa.

2. Belum Kahwin Tetapi Mimpi Mengandung

Apa maknanya jika mimpi mengandung bagi seorang wanita yang belum berkahwin?

Bunyinya agak pelik tetapi itulah yang terjadi. Itu bermaksud seseorang itu akan beroleh rezeki atau impian akan tercapai. Kata orang-orang tua, mimpi mengandung tandanya kita terlalu berhajat inginkan sesuatu dan kemungkinan besar ia akan tercapai dalam tempoh terdekat.

3. Mengandung dan Dapat Anak Dengan Mudah

Saya mimpi sedang hamil, kemudian melahirkan bayi itu tetapi sedikit pun tidak sakit ketika proses kelahiran. Tambahan lagi dapat bayi kembar pula. Dalam sekelip mata juga bayi tersebut cepat membesar. Dari usia setahun, kemudian terus membesar sehingga berumur 7 tahun. Apa ertinya?

Kata orang tua-tua mimpi hamil tandanya akan dapat rezeki. Mimpi mengandung dan dapat anak maknanya impian akan segera tercapai. Itu satu pendapat. Pendapat lain pula mengatakan bahawa mimpi bayi itu boleh jadi petanda baik atau petanda kurang baik. Mimpi bayi menurutnya ada kaitan dengan gangguan jin.

Video Tafsir Mimpi Hamil Oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Wallahu a’lam. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita. Sebagai hamba-Nya kita hanya mampu terus berdoa dan mengharapkan yang terbaik sahaja.

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: