Langgan newsletter kami!
Aku Benci Kpop

Telefilem Aku Benci Kpop (Astro Ria)

Stesen berbayar, Astro Ria dan Ria HD juga tidak ketinggalan untuk menyiarkan telefilem menarik sepanjang Aidilfitri ini. Telefilem berjudul ‘Aku Benci Kpop‘ lakonan Sherry Al-Hadad, Han Byul dan Syafiq Farhain akan ditayangkan pada hari raya kedua jam 10.00 pagi di Astro Ria. Telefilem ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh U2 Media Sdn Bhd.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 25 Mei 2020 (Hari Raya ke-2)
  • Waktu Siaran: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD
  • Pengarah: Hadith Omar
  • Produksi: U2 Media Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Sherry Al-Hadad, Han Byul, Syafiq Farhain, Fiza Thomas, Mak Wanju

Sinopsis Aku Benci Kpop

Mengisahkan tentang Melati, yang ditugaskan untuk menjaga wakil syarikatnya dari negara Korea iaitu Hyun Jun. Melati tidak mahu pada mulanya tetapi kerana sayangkan rakan sekerjanya Yusuf, dia turuti permintaan Yusuf. Melati cuba untuk menjadikan pengalaman Hyun di Malaysia sebagai satu pengalaman yang amat ngeri disebabkannya bencikan K-Pop!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: