Langgan newsletter kami!
Coklat Chip Special TV3

Telefilem Coklat Chip Special (TV3)

Coklat Chip Special adalah sebuah telefilem yang mengisahkan tentang pesakit disleksia iaitu sejenis masalah pembelajaran yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sekarang. Kanak-kanak disleksia akan mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Telefilem ini akan ditayangkan pada hari Sabtu ini, 8 Februari 2020 jam 10.00 hingga 12.00 malam di TV3. Ia diarahkan oleh Dato Jurey Rosli dan diterbitkan oleh produksi Syaz Petra Sdn Bhd. Pelakon utama bagi telefilem ini ialah Fasha Sandha dan pelakon cilik Duerra Mitilda serta dibantu oleh Azam Pitt, Khatijah Tan dan Nora Maya.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 8 Februari 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 10.00 – 12.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Cerekarama
  • Pengarah: Dato’ Jurey Rosli
  • Produksi: Syaz Petra Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Fasha Sandha, Duerra Mitilda, Azam Pitt, Khatijah Tan, Nora Maya

Sinopsis Coklat Chip Special

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang mengidap penyakit disleksia. Apabila mendapat tahu yang anaknya menghidap disleksia, Farah tidak dapat menerima hakikat ini. Sebagai seorang yang berasal dari kampung dan tidak berpelajaran tinggi, ibu muda ini tidak tahu apa itu disleksia.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: