Langgan newsletter kami!
Kisah Hidupku

Telefilem Kisah Hidupku (TV3)

Sebuah telefilem khas raya sempena Syawal pada tahun ini berjudul ‘Kisah Hidupku’ akan ditayangkan pada Hari Raya Kedua, jam 10.00 pagi di TV3. Telefilem ini dibintangi oleh pelakon remaja meningkat naik, Khayrisyah Kemal serta pelakon lain seperti Nadiya Nisaa, Fizz Fairuz dan ramai lagi.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 25 Mei 2020 (Isnin)
  • Waktu Siaran: 10.00 pagi
  • Stesen TV: TV3
  • Pengarah: Aidilfitri Mohamed Yunos
  • Produksi: Al Hidayah Productions Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Fizz Fairuz, Ameerul Asyraf, Erynne Erynna, Safwan Nazri, Indah Emeerlda, Adriana DFKL, Fatimah Abu Bakar

Sinopsis Kisah Hidupku (TV3)

Mengisahkan tentang seorang remaja perempuan, Ain yang mula memberontak selepas ibu bapanya bercerai. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ibunya berkahwin lagi. Ain mula rapat dengan Farah yang sangat popular di kalangan rakan sekolahnya. Farah berasal dari keluarga yang kaya. Oleh kerana ibu Ain tidak mampu memberi apa yang Ain inginkan, Ain mula bekerja secara sambilan. Dengan wang gaji yang diperoleh, Ain dapat membeli pakaian yang cantik. Penampilan baharu Ain telah menarik perhatian Rudy yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: