Langgan newsletter kami!
The Gadis (TV3)

Tonton Drama The Gadis (Episod Penuh)

Tonton drama ‘The Gadis‘ di sini. Drama ini mula ditayangkan di TV3 bermula semalam, 10 April 2020. The Gadis adalah sebuah drama bersiri 7 episod sahaja dan ditayangkan melalui Slot Lestary TV3 pada setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam. Drama ini diarahkan oleh pengarah muda Liyana Jasmay dan diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Yuna Rahim, Fatin Afeefa, Erynne Erynna, Syafie Naswip, Hun Haqeem, Zain Hamid, Hamidah Wahab dan Puteri Amira.

Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan gadis dari kampung yang ingin mengubah hidup masing-masing. Lina (lakonan Erynne Erynna) dan Lisa (lakonan Yuna Rahim) tinggal bersama ayah mereka, Nad (lakonan Fatin Afeefa) pula tinggal bersama Nek Timah. Kepulangan Nad ke kampung menarik perhatian ramai terutamanya Lisa kerana semakin cantik dan kelihatan mewah. Lina bertaut kasih kembali dengan bekas kekasihnya Shazman, tetapi ibu Shazman lebih menyukai Nad. Nad mengajak Lisa ke Kuala Lumpur jika dia ingin menjadi sepertinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai drama ini seperti watak pelakon, sinopsis drama dan sebagainya, boleh rujuk artikel sebelumnya berkaitan The Gadis.

Tonton Drama Melayu: The Gadis (Full Episode)

Sila klik link di bawah untuk menonton. Kualiti video adalah dalam format Full HD (1080p), namun ia bergantung kepada kelajuan Internet anda. Link akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, jangan lupa tekan ‘Ctrl-D’ untuk bookmark page ini!

Selamat menonton!

Penafian: Pihak kami tidak memuatnaik atau menghos video-video di atas. Kami hanya membuat pautan ke atas video-video sedia ada yang diterbitkan untuk tontonan awam di Youtube atau mana-mana laman penyedia video / streaming.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: