Langgan newsletter kami!
Telefilem 6 Hari (Astro Ria) Lisa Surihani Dan Yusry KRU

Telefilem 6 Hari (Astro Ria & Astro Citra)

Sebuah lagi telefilem menarik bakal ditayangkan di Astro Ria & Ria HD serta Astro Citra & Citra HD berjudul ‘6 Hari’. Menariknya, telefilem arahan Yusry KRU ini dihasilkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana rakyat Malaysia semua sedang bertarung melawan penyebaran virus Covid-19.

Tarikh tayangannya dijadualkan pada Sabtu, 13 Jun 2020 jam 9.00 hingga 11.00 malam. Telefilem ini dibintangi oleh pengarah sendiri, Yusry Abdul Halim di samping isteri Lisa Surihani, Neelofa dan Dato Aaron Aziz. Jom sama-sama kita saksikan kisah menarik yang dipaparkan dalam telefilem ini nanti.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 13 Jun 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria & Ria HD / Citra & Citra HD
  • Pengarah: Yusry Abdul Halim
  • Pelakon: Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Neelofa, Dato Aaron Aziz

Watak Pelakon

  • Lisa Surihani sebagai Suzi
  • Aaron Aziz sebagai Ismal
  • Yusry Abdul Halim sebagai Faizal

Sinopsis Telefilem 6 Hari

Mengisahkan tentang Suzi yang merupakan isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal. Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan baik-baik sahaja dan normal sehinggalah satu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal datang mengetuk pintu. Apakah kesudahan kisah ini?

View this post on Instagram

Orang lain punya #DudukRumahChallenge biasanya masak la, buat Tiktok laa tapi Yusry punya #DudukRumahChallenge ni buat telemovie penuh untuk tayangan televisyen uolls! Mampu? Save the date untuk telemovie 6 Hari! Sinopsis ringkas: Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu. Dibintangi pelakon-pelakon hebat @lisasurihani @yusryabdhalim @neelofa @aarondwiaziz TAYANGAN SERENTAK DI ASTRO RIA/RIA HD DAN CITRA/CITRA HD 13 JUN 2020, 9 MALAM #6Hari #MCOShooting #StaySafe

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: