10 Filem Terbaik Hollywood 2017 Yang Wajib Anda Tonton

Power Rangers 2017 Coming Soon

Anda kaki wayang? Sudahkah anda bersedia dengan filem-filem hebat dan terbaik 2017? Jangan khuatir! Di sini kami senarai 10 filem Inggeris yang wajib anda tonton di pawagan pada 2017. Let’s check them out!


1. Resident Evil: The Final Chapter

  • Resident Evil The Final Chapter (Poster)Genre: Aksi/Fiksyen Sains
  • Tarikh Tayangan: 19 Januari 2017
  • Pelakon: Milla Jovovich, Ali Larter, Ruby Rose, Shawn Roberts dan Sienna Guillory
  • Pengarah: Paul W.S Anderson
  • Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Alice yang kembali ke kota Raccon City untuk berjuang melawan serangan Umbrella Corporation dalam cubaan memusnahkan manusia di muka bumi. Dalam usaha mengagalkan rancangan jahat The Red Quenn, Alice bersama rakan seperjuangannya iaitu Jill, Claire, Leon, Chris dan Wesker terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan serangan zombi. Berjaya atau tidak, jangan lupa saksikan filem aksi ini yang merupakan sekuel terakhir atau keenam setelah sekuel pertama yang dikeluarkan pada tahun 2002.


2. XXX: The Return Of Xander Cage

  • XXX The Return Of Xander Cage (Poster)Genre: Aksi
  • Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017
  • Pelakon: Vin Diesel, Deepika Padukone, Donnie Yen, Samuel L. Jackson, Tony Jaa, Nina Dobrev, Ruby Rose dan Toni Collette
  • Pengarah: D.J. Caruso
  • Sinopsis: Filem sekual ketiga ini mengisahkan Xander Cage kembali bangkit untuk bertempur dengan Xiang dan pasukannya untuk mendapatkan senjata yang dikenali sebagai Pandora`s Box. Xander kemudian menyedari dirinya terperangkap dalam satu konspirasi maut yang membabitkan peringkat tertinggi kerajaan. Adakah Xander berjaya menyelesaikan misi baharunya ini?


3. Logan

  • Genre: Aksi / PengembaraanLogan Movie (Poster)
  • Tarikh Tayangan: 3 Mac 2017
  • Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart
  • Pengarah: James Mangold
  • Sinopsis: Hugh Jackman kembali sebagai adiwira mutan bergelar Wolverine. Dia akan membawa watak ini untuk kali terakhir bagi filem ketiga dalam siri ‘X-Men’ ini. Di sini akan muncul salah satu mutan muda yang bernama Laura Kinney yang dikenal dengan sebutan X-23.

 


4. Kong: Skull Island

  • Kong Skull Island (Poster)Genre: Aksi / Pengembaraan
  • Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017
  • Pelakon: Tom Hiddleston, Brie Larson, Samuel L. Jackson, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Toby Kebbell, Tom Wilkinson, John Goodman, John C. Reilly
  • Pengarah: Jordan Vogt-Roberts
  • Sinopsis: Sepasukan pengembara telah menemui sebuah pulau prasejarah yang mana mereka bertemu dengan King Kong. Mereka kemudian menyedari bahawa King Kong bukanlah satu-satunya makhluk misteri di pulau itu. Adakah mereka berjaya menyelamatkan diri daripada serangan King Kong tersebut?  Filem ini merupakan pre sekuel ‘King Kong’ yang pernah diterbitkan pada tahun 2005.


5. Power Rangers

  • Power Rangers Movie (2017)Genre: Aksi / Fiksyen Sains
  • Tarikh Tayangan: 23 Mac 2017
  • Pelakon: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks
  • Pengarah: Dean Israelite
  • Sinopsis: Selepas mendapat tahu pekan kecil mereka, Angel Grove, dan juga dunia bakal hancur dimusnahkan oleh makhluk asing, lima pelajar sekolah tinggi perlu mengatasi masalah peribadi mereka kerana hanya mereka mampu menyelamatkan planet. Mereka perlu menumpaskan Rita Repulsa dengan bertukar menjadi Power Rangers.


6. The Fate Of The Furious

  • The Fate Of The Furious (Poster)Genre: Aksi / Jenayah
  • Tarikh Tayangan: 13 April 2017
  • Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron
  • Pengarah: F. Gary Gray
  • Sinopsis: Filem ini menceritakan Dom dan krunya memilih berhenti serta memilih kehidupan normal. Namun, kehadiran wanita bernama Cipher, mengajak Dom ke dunia kejahatan dimana dia tidak boleh melarikan diri dan dikhianati dari orang-orang terdekatnya. Filem kelapan ini merupakan filem pertama dalam trilogi terakhir francais ‘Fast and Furious’ dan merupakan filem yang dinanti-nanti pada tahun depan.


7. Marvel’s Guardians Of The Galaxy Vol.2

  • Marvel's Guardians Of The Galaxy Vol.2 (Poster)Genre: Aksi / Fiksyen Sains
  • Tarikh Tayangan: 27 April 2017
  • Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan
  • Pengarah: James Gunn
  • Sisnopsis: Filem ini merupakan filem superhero sekuel dari Guardians of the Galaxy yang diterbitkan pada tahun 2014. Mengisahkan Peter Quill a.k.a Star-Lord kembali mengetuai satu misi untuk menyelamatkan galaksi yang diancam oleh kuasa jahat Thanos. Rahsia di sebalik asal-usul bapa Peter juga akan terbongkar. Dapatkah mereka mengalahkan musuh-musuh tersebut.


8. Annabelle 2

  • Annabelle 2 (Poster)Genre: Seram
  • Tarikh Tayangan: 18 Mei 2017
  • Pelakon: Stephanie Sigman, Alicia Vela-Bailey, Miranda Otto
  • Pengarah: David F. Sandberg
  • Sinopsis: Ia adalah kesinambungan filem pertama “Annabelle” pada tahun 2014, yang mana mengisahkan tentang pasangan suami isteri berdepan situasi menakutkan membabitkan patung lama yang dimasuki syaitan. Mengisahkan pembuat boneka dan isterinya yang kematian anaknya menyambut kedatangan seorang biarawati dan beberapa anak-anak dari rumah anak yatim yang datang berkunjung ke rumahnya. Sejak dari itu, Annabelle muncul dan menghantui penghuni rumah berkenaan. Adakah filem Annabelle 2 pecah panggung seperti filem sebelum ini? Jangan lupa saksikan filem ini di pawagan berdekatan anda.


9. Pirates Of The Caribbean: Salazar’s Revenge

  • Pirates Of The Caribbean Salazar's Revenge (Poster)Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
  • Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017
  • Pelakon: Johnny Depp, Orlando Bloom, Javier Bardem, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush
  • Pengarah: Joachim Rønning, Espen Sandberg
  • Sinopsis: Salah satu filem yang ditunggu-tunggu pada tahun 2017. Filem kelima ‘Pirates of the Caribbean’ ini mengisahkan tentang Kapten Jack Sparrow yang diburu oleh musuh lamanya, Kapten Salazar, selepas Salazar bersama dengan kru hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle dan kini mahu membunuh setiap lanun yang ada di lautan. Oleh itu, Jack Sparrow perlu mencari serampang tiga mata mistik milik Poseidon, yang mana sesiapa mempunyainya dapat menguasai lautan dan Jack Sparrow boleh menggunakannya untuk menentang Kapten Salazar.


10. Kingsman: The Golden Circle

  • Kingsman The Golden Circle (Poster)Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
  • Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
  • Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum
  • Pengarah: Matthew Vaughn
  • Sinopsis: Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy menyelesaikan misi di luar United Kingdom. Ia adalah kesinambungan kepada filem ‘Kingsman: The Secret Service’ pada tahun 2015. Setelah markas Kingsman dihancurkan, Eggsy dan rakan seperjuangannya, Merlin dan Roxy terpaksa berkerja di Stateman HQ Amerika untuk menjejaki Poppy yang merupakan dalang disebalik kemusnahan itu.

Sumber: cinema.com.my dan tgv.com.my


Carian Berkaitan

filem inggeris 2017, filem terbaik 2017, movie fiksyen yang wajib tonton, filem inggeris terbaik

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #filem 2017 #filem baru #movie 2017

Biodata Sara Amelia Bernard, Juara Clever Girl Musim Kedua
Sara Amelia Bernard, gadis cantik yang tiba-tiba melonjak di carian Google Malaysia susulan
Biodata Masya, Juara Ceria Popstar 2
Selepas menjuarai Ceria Popstar 2, Masya terus aktif dalam dunia seni. Walaupun masih lagi bergelar
Biodata Ikhwan Fatanna, Penyanyi Lagu Bismillah
Siapa Ikhwan Fatanna? Tak pernah dengar pun sebelum ni. Beliau adalah penyanyi baru yang
Biodata Nabila Huda, Pelakon Wanita Anak Kepada Amy Search
Siapa tak kenal Nabila Huda. Pelakon wanita yang boleh dianggap senior dalam industri