5 Buku Menarik Karya Artis Lelaki Malaysia

Buku 99 Kata Kata Fattah Amin

Talking about celebs, we must agree they’re multitalented! Baik penyanyi, pelakon, model mahupun pengacara, mereka cenderung memiliki kemampuan tersendiri di segala bidang lain seperti beberapa artis lelaki Malaysia ini yang diam-diam bergelar seorang penulis buku.

Mereka bukan sahaja kacak bergaya malahan berbakat dalam menulis buku. Paling menarik, buku-buku yang dihasilkan laris di kedai-kedai buku tempatan sehingga diulang cetak. Siapa saja mereka? Check these out!

1.Buku Fattah Amin

Tanggal 11 Februari 2017 lalu menjadi kenangan terindah buat pelakon kacak drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin apabila melancarkan buku motivasinya ‘99 Kata-Kata Fattah Amin’ #QalifModen di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Buku yang berharga RM58 itu merupakan buku himpunan ungkapan perangsang semangat figura ini mengenai jatuh bangunnya dalam kehidupan.

Buku motivasi tersebut bukan sahaja mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat bahkan menjadi viral di laman sosial sehingga dijadikan parodi oleh sesetengah netizen dan beberapa syarikat besar tempatan.

Dicetak sebanyak 5,000 naskah, para pembeli turut dihadiahkan dengan CD lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin bagi setiap pembelian buku berkenaan.

2. Buku Hafiz Hamidun

Sering kali memuat naik status berunsurkan nasihat dan motivasi menerusi laman sosial serta dikongsikan oleh para peminatnya di akaun masing-masing menjadi faktor utama buat penyanyi lagu kerohanian, Hafiz Hamidun menerbitkan bukunya sendiri.

Buku yang bertajuk ‘Cerita Hafiz’ ini sudah berada di pasaran 22 Februari 2016 lalu dan mendapat kerjasama Dubook Press.

Buku ini diterbitkan bertujuan untuk berkongsi kata-kata positif yang merangkumi beberapa topik seperti kekeluargaan, kehidupan dan hubungan cinta kepada masyarakat. Paling menarik, buku Cerita Hati ini berjaya dijual lebih daripada 10,000 naskah.

Senasib dengan Fattah Amin, buku yang berharga RM30 ini turut menerima reaksi negatif dan kecaman daripada netizen di mana melabelkan figura tersebut sebagai syok sendiri disebabkan buku berkenaan dipenuhi dengan foto-foto swafotonya (selfie).

Pelantun lagu kasih Padamu itu turut mengeluarkan buku keduanya iaitu ‘Jodoh Berdua’ yang ditulis bersama Rahimah Mokhtar.

3. Buku Pekin Ibrahim

Siapa yang tidak mengenali pelakon yang versatil bernama Pekin Ibrahim ini. Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, ia tidak mematah semangat anak jati Kelantan ini dalam menghasilkan buku nukilannya berjudul ‘Memoir Bukan Memoir’.

Buku setebal 136 muka surat ini merupakan terbitan Merpati Jingga yang memberikan manfaat dan motivasi kepada golongan remaja untuk tidak berputus asa dalam mencapai impian masing-masing.

Buku biografi yang berharga RM30 tersebut dilancarkan di Galeri Annexe, Pasar Seni, Kuala Lumpur pada 23 Jun 2012.

Paling sadis, buku berkenaan pernah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selagor (JAIS) kerana dikatakan menyebarkan kandungan yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Salah faham yang timbul itu bagaimanapun sudah diselesaikan dan kandungan bukunya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri sebelum diterbitkan.

4. Buku Datuk Fazley Yaakob

Jika penulis lain menulis buku berkaitan biografi dan motivasi, Datuk Fazley Yaakod  memilih untuk menghasilkan buku masakan yang berjudul ‘My Sucre Story

’.

Buku yang mengandungi 35 resepi berkenaan berkongsi mengenai masakan serta manisan tradisional dan moden tempatan dan luar negara.

Juara Masterchef Selebriti ini telah melancarkan My Sucre Story pada bulan Mac 2016 di Singapura dan Oktober 2015 di Paris, Perancis dengan kerjasama Le Cordon Bleu Paris, tempat pengajian beliau sebelum ini.

Paling manis, buku resepi nukilan pelantun lagu ‘Asmara Ini’ itu memenangi tempat pertama di Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa yang diadakan di Yantai China pada 29 Mei 2016  sempena festival makanan di negara tersebut.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Gourmand International di Barcelona, Sepanyol ini disertai 205 buah negara dari seluruh dunia.

5. Buku Datuk Rosyam Nor

Melalui pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang kehidupan, pelakon hebat tanah air, Datuk Rosyam Nor turut tidak ketinggalan dalam menghasilkan buku autobiografinya yang bertajuk ‘Impian Jutawan Budak Setinggan’.

Buku autobiografi yang berharga RM 24.90 berkenaan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan di mana menceritakan tentang kisah kehidupannya sekeluarga sewaktu menjalani kehidupan di kawasan setinggan Kampung Kerinchi yang kini dikenali sebagai Bangsar South.

Buku yang merangkumi dua dalam satu iaitu biografi dan motivasi ini dirasmikan oleh ibunya, Robiah Kamarudin sekitar April 2016. Dalam buku tersebut, Rosyam juga menceritakan 40% rahsia kehidupan peribadinya dari kecil sehingga menjadi jutawan yang boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca.


Carian Berkaitan

artis malaysia menulis buku

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...
Biodata Ude Wahid, Susulan Kontroversi Perkahwinan Dengan Izreen Azminda
Siapakah Ude Wahid? Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude adalah seorang pemuzik bebas
Biodata Elyana, Penyanyi Yang Pernah Popular Dengan Lagu Kalis Rindu
Elyana, satu nama besar dalam industri hiburan suatu masa dahulu. Lagu-lagu berentak pop
Senarai Frekuensi Stesen Radio Di Malaysia
Mendengar radio adalah sesuatu yang wajib ketika memandu kereta. Betul tak? Tapi kadang-kadang
Biodata Dayah Bakar, Host Jom Singgah (TV3)
Siapa Dayah Bakar? Mungkin nama tersebut agak asing buat sesetengah penonton. Gadis cantik manis

Leave a reply "5 Buku Menarik Karya Artis Lelaki Malaysia"