Langgan newsletter kami!
Ariff Bahran Kata Akhirmu

Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu (OST Cinta Hati Batu)

Siapa Ariff Bahran? Semenjak lagu ‘Kata Akhirmu’ diangkat sebagai lagu OST untuk drama Cinta Hati Batu di TV3, ramai yang tertanya-tanya siapakah penyanyi lagu tersebut. Sebenarnya lagu tersebut dinyanyikan oleh penyanyi muda berbakat, Ariff Bahran yang baru saja menjejak usia 20 tahun. Memang best lagu tersebut yang merupakan single pertama dari Ariff Bahran.

Untuk rekod, lagu ‘Kata Akhirmu’ ciptaan Rudy Kasran juga telah mula memanjat naik dalam carta radio ERA 40 dan radio yang lain di seluruh negara. Tahniah kami ucapkan. Semoga Ariff Bahran terus maju dalam bidang seni suara di Malaysia.

Biodata Ariff Bahran

  • Nama Penuh: Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari
  • Nama Popular: Ariff Bahran
  • Umur: 20 tahun (2018)
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: SMK Damansara Utama
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Lagu Single: Kata Akhirmu, Juara Dusta
  • Syarikat Rakaman: Rusa Music
  • Instagram: @ariffbahran
  • Twitter: @bahraann
  • Soundcloud: https://soundcloud.com/ariffbahran

Fakta Menarik Tentang Ariff Bahran

  • Mula menyanyi seawal usia 7 tahun.
  • Mempelajari kemahiran bermain alat muzik sejak berusia 13 tahun.
  • Mempunyai kebolehan bermain alat muzik piano, drum dan gitar.
  • Merupakan kawan kepada penyanyi Haqiem Rusli dan tinggal di kawasan yang sama.
  • Banyak menyanyikan lagu saduran artis tempatan dan antarabangsa di Youtube, Instagram dan SoundCloud.
  • Menjadikan Justin Bieber sebagai sumber inspirasinya untuk berjaya dalam bidang seni.

Ariff Bahran Bersama Kawan

Ariff Bahran Dengan Krew Hot FM Haziq Dan El

Ariff Bahran Kata Akhirmu

Foto Ariff Bahran Dan Asad Motawh

Gambar Posing Ariff Bahran

Wajah Ariff Bahran Tanpa Make Up

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: