Biodata Azrel Ismail, Aktor Kacak Persis Remy Ishak

FOTO AZREL ISMAIL

Nama Azrel Ismail mula meniti di bibir peminat tempatan apabila diberi kepercayaan untk menerajui watak utama dalam drama bersiri popular, Syurga Nur bergandingan dengan pelakon cun, Janna Nick beberapa tahun lalu.

Sejak itu, dunia anak wayang menjadi periuk nasi aktor kacak yang dikatakan persis seperti Remy Ishak ini. Jika dahulu wajahnya hanya mengisi watak-watak sampingan tetapi kini figura kelahiran Perak ini menjadi salah seorang hero pujaan Malaya.

Buah tangan terbarunya iaitu Cucu Tauke Beras bergandingan dengan aktres cantik molek iaitu Zahirah MacWilson dan Tania Hudson, telah ditayangkan di slot Dahlia di TV3 mulai 15 April 2017 lalu.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan pelakon berbakat ini.

Biodata Azrel Ismail

  • Nama Penuh: Azrel Ismail
  • Nama Komersil: Azrel Ismail
  • Tarikh Lahir: 16 Januari 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Zodiak: Capricorn
  • Asal: Taiping, Perak
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama: Cucu Tauke Beras, Makcun 2, Bodyguard, Memantu Ting Tong, Oscar, I Miss You, Lelaki Macam Dia, Satu Cinta, Gondola Cinta Di Venice, Ahli Mesyuarat Tingkap, Isteri Vs Tunang, Si Montel, Apam Lemak Manis dan banyak lagi.
  • Telefilem: Nasi Ayam Duda, Aku Kata A A, Katakan Tidak Pada Cinta, Jangan Ambil Anak Aku dan Calon Menantu.
  • Filem: 8 Jam, Aku Terima Nikahnya, Hanyut dan Laki-Laki.
  • Host Tv: Bila Bujang Masuk Dapur, Maskulin dan Anugerah Skrin (ASK) 2016.
  • Facebook: facebook.com/azrelismail
  • Twitter: twitter.com/azrelismail
  • Instagram: instagram.com/azrelismail

Trivia Menarik Azrel Ismail

  1. 2017 merupakan tahun ketiga Azrel bergelar seorang pelakon.
  2. Azrelite merupakan nama kelab peminatnya.
  3. Menguruskan karier seninya sendiri tanpa khidmat pengurus peribadi (PA).
  4. Sebelum terjun ke dunia seni, Azrel pernah berkhidmat sebagai pegawai pemasaran di syarikat milik kerajaan, PNB Darby Park.
  5. Finalis Pertandingan Lelaki Maskulin 2009.
  6. Impiannya untuk berlakon dengan Remy Ishak tercapai apabila disatukan dalam filem arahan Khabir Bhatia berjudul Pulang.
  7. Menjadi duta kepada produk perapian lelaki iaitu Mensive.
  8. Pernah menjadi wajah rasmi stesen petrol Shell beberapa tahun lalu.
  9. Suka menghabiskan masa terluang dengan bermain badminton atau bersenam di gimnasium.
  10. Dilaporkan oleh media tempatan, Azrel sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres comel, Ruhainies.
  11. Mempunyai lebih 300,00 pengikut di Instagram dan hampir 15,000 pengikut di Twitter miliknya.

Azrel Ismail Dengan Solekan Tua

Fesyen Lelaki Azrel Ismail

FOTO AZREL ISMAIL

Pasangan Kekasih Azrel Ismail Dan Ruhainies

Selfie Manja Artis Azrel Ismail Bercinta

Azrel Ismail Pic


Carian Berkaitan

biodata azrel ismail, azrel ismail biodata, Azre, Azrel

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Azrel Ismail #Azrel Ismail Biodata #Azrel Ismail Profile #Biodata Azrel Ismail

Biodata Ude Wahid, Susulan Kontroversi Perkahwinan Dengan Izreen Azminda
Siapakah Ude Wahid? Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude adalah seorang pemuzik bebas
Biodata Elyana, Penyanyi Yang Pernah Popular Dengan Lagu Kalis Rindu
Elyana, satu nama besar dalam industri hiburan suatu masa dahulu. Lagu-lagu berentak pop
Senarai Frekuensi Stesen Radio Di Malaysia
Mendengar radio adalah sesuatu yang wajib ketika memandu kereta. Betul tak? Tapi kadang-kadang
Biodata Dayah Bakar, Host Jom Singgah (TV3)
Siapa Dayah Bakar? Mungkin nama tersebut agak asing buat sesetengah penonton. Gadis cantik manis

Leave a reply "Biodata Azrel Ismail, Aktor Kacak Persis Remy Ishak"