Langgan newsletter kami!
Rapper Muda Ben Ladin

Biodata Ben Ladin, Bintang Baru Muzik Hip Hop

“Mereka keluar masuk gua..
Mencuba mencari di mana ada..
Mencuba meneka di mana saya..
Mata kasar takkan dapat jumpa..”

Inilah antara bait-bait lirik lagu Hikayat Benladin yang kini sedang meletop di corong-corong radio tempatan. Untuk rekod, video lirik rasmi lagu rap ciptaan Malique dan Dedeq ini sudah mencatat lebih 6 juta tontonan sejak ia mula dipaparkan di YouTube pada 19 Julai 2018 yang lalu.

Siapakah dia Ben Ladin penyanyi lagu tersebut? Jika anda cuba google, jangan pula tersilap dengan nama Bin Laden, nanti jadi cerita lain plak. Hehe..

Ben Ladin mula melibatkan diri dalam dunia hiburan sekitar usia 11 tahun. Ketika itu, beliau menyertai pertandingan nyanyian Idola Kecil 5 dan pernah mencuri perhatian ramai apabila tampil berduet dengan Datin Alyah menerusi lagu Permata.

Selepas pertandingan tersebut, Ben Ladin cuba mengembangkan karier nyanyiannya tetapi nampaknya rezeki lebih memihak kepada bidang lakonan. Namun kini, Ben Ladin muncul dengan single terbaru ciptaan komposer dan penyanyi hip hop terkenal iaitu Malique.

Biodata Ben Ladin

  • Nama Penuh: Muhammad Benladin Munshi Shaihan
  • Nama Popular: Ben Ladin
  • Umur: 17 tahun (2018)
  • Tarikh Lahir: 2001
  • Pendidikan: Belajar dari rumah (home schooling) sejak sekitar Tingkatan 1
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
  • Lagu/Single: Hikayat Benladin
  • Drama: Kahwin Muda (2016), Amsyar (2016), Jangan Ikut Aku (2017)
  • Instagram: @mohd_benladin
  • Twitter: @benladin09

Ben Ladin Budak Sekolah

Ben Ladin Dan Nurul Izzah

Gambar Ben Ladin Hip Hop

Penyanyi Hikayat Ben Ladin

Rapper Muda Ben Ladin

Lirik Hikayat Benladin

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: