Biodata Deena Emir, Isteri Saharul Ridzwan

Biodata Deena Emir

Siapa Deena Emir? Kalau anda nak tahu, wanita cantik berdarah campuran Melayu-Arab ini merupakan isteri kepada pelakon kacak terkenal, Saharul Ridzwan.

Diijabkabulkan pada 16 September 2016, pasangan merpati dua sejoli tersebut tidak lama lagi bakal bergelar ibu bapa apabila Deena disahkan berbadan dua penghujung tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Deena juga merupakan seorang model muslimah dan memiliki butik pakaian sendiri iaitu Butik Wrap yang terletak di Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Berikut, kami kongsikan dengan anda tentang biodata serta trivia menarik mengenai wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini.

Biodata Deena Emir

  • Nama Penuh: Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir
  • Nama Komersil: Deena Emir
  • Tarikh Lahir: 12 Januari 1988
  • Umur: 29 Tahun (2017)
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Zodiak: Capricorn
  • Keluarga: Anak sulung daripada lima adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu (Kacukan Melayu-Arab)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pemilik Butik Muslimah Wrap Boutique House dan Model Muslimah
  • Twitter: https://twitter.com/qaabiladeena
  • Instagram: https://www.instagram.com/deenaemir

Trivia Menarik Deena Emir

  1. ‘Emir’ pada hujung nama Deena itu adalah nama keturunan sama seperti keturunan yang menggunakan Syarifah atau Syed. Bagaimanapun, disebabkan nama ‘Syarifah’ dianggap terlalu panjang, bapanya menggantikan dengan Emir yang turut digunakan dalam nama keturunan mereka.
  2. Wanita cantik ini dilahirkan di Petaling Jaya dan dibesarkan di Gombak, Selangor.
  3. Sebelum membuka bisnes sendiri, Deena pernah bekerja di sebuah butik pakaian wanita, InaiRed.
  4. Sebagai model muslimah, Deena pernah memperagakan pakaian wanita daripada jenama-jenama besar fesyen negara seperti Imaan Boutique, Zefiks Collection, Cala Qisya dan Cattleya Couture.
  5. Menjadi model produk kecantikan Bubbly Orchid dan Maula Cosmetic.
  6. Rekaan dalaman butik milik Deena ini mendapat sentuhan daripada kedua-dua ibu bapanya yang merupakan graduan Diploma Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  7. Tanggal 12 Januari merupakan tarikh bermakna buat pasangan ini di mana Saharul melamar Deena sebagai isterinya di KLCC.
  8. Mengenali suaminya sekitar tahun 2012 menerusi laman social Facebook di mana Saharul ketika itu belum bergelar seorang pelakon.
  9. Deena mengakui tidak pernah sekalipun menonton lakonan suaminya biarpun drama itu popular dan hangat diperkatakan.
  10. Mempunyai hampir 400k pengikut di Instagram miliknya.

Deena Emir Berpurdah Dan Suami Saharul Ridzwan Menunaikan Umrah Di Mekah

Deena Emir Malu Malu

Gambar Deena Emir Comel

Gambar Kahwin Deena Emir Dan Suami Saharul Ridzwan

Model Muslimah Deena Emir

Wanita Kacukan Arab Cantik Deena Emir


Carian Berkaitan

biodata deena emir, Deena emir, biodata saharul ridzwan, ben amir 2017

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Deena Emir #Biodata Isteri Saharul Ridzwan #Butik Wrap #Deena Emir Biodata #Deena Emir Profile #Isteri Saharul Ridzwan #Qaabila Deena Emir

Biodata Cherpen Band, Kini Popular Dengan Lagu Pasti
Cherpen Band adalah kumpulan muzik yang sudah agak lama bertapak dalam industri seni
Biodata Treehill, Band Yang Popular Dengan Lagu Terbang
Band Treehill yang kini popular dengan lagu berjudul ‘Terbang‘ ditubuhkan pada Disember 2014. Kini
Biodata Riena Diana, Pelakon Cantik Finalis DFKL 2017
Siapakah sebenarnya pelakon cantik bernama Riena Diana ini? Kelibat gadis ini mula mencuri perhatian
Biodata Adam Lee, Sepupu Janna Nick
Adam Lee, satu nama yang masih baru dalam industri seni tanahair. Pelakon muda

Leave a reply "Biodata Deena Emir, Isteri Saharul Ridzwan"