Langgan newsletter kami!
Farali Khan

Biodata Farali Khan, Aktres Cantik Black Belt Kaler Pink

Namanya mungkin masih baru di arena seni lakon tanah air namun wajah Farali Khan sebenarnya telah banyak membintangi beberapa buah sinetron popular di Indonesia. Walaupun masih hijau dalam industri seni hiburan namun bakat lakonan anak jati Johor Bahru, Johor ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Meledak di Indonesia, figura cantik ini kembali ke Malaysia untuk menerajui drama komedi Black Belt Kaler Pink yang telah ditayangkan di Astro Warna dan Mustika HD bermula 15 Mac 2017 lalu bergandingan bersama pelakon hebat tempatan, Aaron Aziz dan Kamal Adli.

Jom kita berkenalan dengan bintang kelahiran Johor Bahru, Johor ini.

Biodata Farali Khan

  • Nama Komersil: Farali Khan
  • Nama Panggilan: Fara
  • Tarikh Lahir: 15 April 1989
  • Umur: 28 tahun (2017)
  • Zodiak: Aries
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Keluarga: Anak kedua daripada empat adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Keturunan: Mempunyai darah kacukan Pakistan (Ayah) dan Cina (Ibu)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Isntagram: www.instagram.com/farali_khan/
  • Kelab Peminat: Farali Lovers
  • Email: [email protected]

Fakta Menarik Tentang Farali Khan

  • Drama komedi Black Belt Kaler Pink merupakan darama pertamanya di Malaysia.
  • Merupakan adik kepada pelakon terkenal Indonesia, Miller Khan.
  • Sepupu kepada pelakon dan pengarah muda terkenal tempatan, Syamsul Yusof dan anak saudara kepada Datuk Yusof Haslam.
  • Pelakon filem Munafik, Sabrina Ali merupakan kakaknya (Ibu lain).
  • Hijab, I Love You dan Epen Cupen the Series antara sinetron yang mengangkat namanya di Indonesia.
  • Tinju (Boxing) merupakan salah satu sukan yang diminatinya.
  • Sukakan aktiviti fotografi.
  • Mempunyai hampir 20,000 pengikut di Instagram miliknya.

Farali Khan Bersama Aaron Dan Kamal Adli

Farali Khan Boxing

Farali Khan

Gambar Farali Khan

Gambar Pelakon Farali Khan

Image Of Farali Khan

Telatah Comel Farali Khan

Aktress Farali Khan

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: