Langgan newsletter kami!
Gambar Hafeez Mikail

Biodata Hafeez Mikail, Aktor Kacak Hati Perempuan

Biodata Hafeez Mikail. Hafeez Mikail hadir dengan pakej lengkap sebagai selebriti. Meskipun masih hijau dalam lapangan seni hiburan tanah air, jejaka bernama Hafeez Mikail ini antara pendatang baharu yang sedang meningkat naik dan semakin dikenali ramai.

Selepas membintangi drama berantai popular iaitu Hati Perempuan di TV3, rezekinya semakin melimpah ruah dan wajahnya kini sering kali menghias kaca televisyen. Sebelum terjun ke dunia lakonan, anak jati Kuala Lumpur ini bertugas sebagai pramugara di MAS selama dua tahun.

Jom kita berkenalan dengan pelakon muda ini.

Biodata Hafeez Mikail

  • Nama Penuh: Muhammad Hafiz Muhammad Zaki
  • Nama Komersil: Hafeez Mikail
  • Tarikh Lahir: 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak sulung dari dua adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Hati Perempuan, Kenyalang, I In Love, Kerana Terpaksa Aku Terpaksa, Dia Semanis Honey, Lara Terindah, Satu Cinta, Blogger Boy, Puteri Bukan Nama Sebenar, Sekali Ku Lafazkan Cinta, Korban Kasih, Banglo Seksyen 2, Misah Tarzan Hajar Runcit dan Cinta Suci Jadi Saksi.
  • Facebook: facebook.com/people/Hafeez-Mikail
  • Twitter: twitter.com/hafeezmikail
  • Instagram: instagram.com/hafeezmikail
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Hafeez_Mikhail

Trivia Menarik Hafeez Mikail

  1. Nama Mikail diambil sebagai nama keduanya gara-gara wajahnya persis senior di waktu persekolahan dahulu.
  2. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik & Multimedia di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  3. Wajahnya juga dikatakan seiras dengan hero drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin.
  4. Meminati kenderaan vintaj seperti vespa di mana beliau turut mempunyai vespa jenis LX 150 berwarna maserati blue.
  5. Suka mengembara dan mendaki gunung.
  6. Mula serius berlakon sejak tahun 2013. Drama pertama lakonannya adalah Blogger Boy.
  7. Sukakan makanan berasaskan kambing sejak kecil lagi.
  8. Suka memasak dan menonton rancangan masakan jika ada waktu lapang.
  9. Merupakan jurulatih di Seni Silat Helang Buana.
  10. Melakukan kerja sambilan sebagai model iklan komersial seperti Coke, Petronas dan Nespray.
  11. Mempunyai hampir 400,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Handsome Hafeez Mikail

Gaya Santai Hafeez Mikail

Hafeez Mikail Bergaya Dengan Kereta Honda Jazz

Hafeez Mikail Pic

Hafeez Mikail Pramugara MAS

Wajah Pelakon Hafeez Mikail

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: