Biodata Karl Shafek, Pengacara CJ Wow Shop

Gambar Solo Karl Shafek

Biodata Karl Shafek | Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran satu masa dahulu, membuka pintu rezeki buat jejaka bernama Karl Shafek ini melangkah lebih jauh dalam industri seni hiburan tanah air.

Figura kacak ini bukan sahaja aktif berlakon drama, telefilem dan teater malahan berbakat besar dalam dunia pengacaraan dan seni kulinari. Selain mengendalikan program travelog dan masakan, anak jati Pahang ini juga menjadi pengacara kepada program membeli belah terbitan Media Prima iaitu CJ Wow Shop bersama-sama Maria Tengku Sabri, Chef Fikree, Fiza Frizzy dan ramai lagi.

Biodata Karl Shafek

  • Nama Penuh: Khairul Shafek Ibrahim
  • Nama Komersil: Karl Shafek
  • Tarikh Lahir: 28 Mac 1980
  • Umur: 37 Tahun (2017)
  • Asal: Pekan, Pahang
  • Keluarga: Anak ketiga daripada empat adik-beradik
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pengacara, Pelakon, Penulis Pelancongan dan Ahli Perniagaan
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Host TV: CJ Wow Shop, 3 Hari 2 Malam, Chopp, HipTV, Nasi Lemak Kopi O, Cabaran Raja Tarik F&N, Aroma Tradisi, Resepi Saywho Bersama Karl Shafek, Jelajah Ramadan dan banyak lagi.
  • Drama/Telefilem: Rindu Awak 200%, Cinta Itu Milikku, Masihkah Ada Cinta, Boona Boonie, Aalia, Cinta Otai, Dewi Kasihku, Hotel Mania, Anak Aku Artis dan banyak lagi.
  • Filem: Zaiton Ceritaku
  • Teater: 1 Plastik Hitam, Maduku Kalut, Ombak Rindu: Tiada Penghujung, Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck.
  • Facebook: facebook.com/karl.shafek
  • Twitter: twitter.com/karlshafek
  • Instagram: instagram.com/karlshafek
  • E-mail:¬†karl.shafek@yahoo.com

Trivia Menarik Karl Shafek

  1. Merupakan graduan Multimedia dari Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) yang sebelum ini dikenali sebagai Akademi TV3.
  2. Pernah bekerja sebagai pramugara di Malaysia Airlines (MAS).
  3. Anak Aku Artis merupakan telefilem pertamanya sekaligus memperkenalkan dirinya sebagai seorang pelakon dalam industri seni hiburan.
  4. Mula mengacara pada tahun 2008 dan rancangan bual bicara iaitu Nasi Lemak Kopi O merupakan program pertama kendaliannya.
  5. Pernah menyertai program realiti masakan, Masterchef Selebriti Malaysia dan tersingkir di minggu keempat.
  6. Bercita-cita untuk menghasilkan buku resepinya sendiri.
  7. Menjadi penulis tamu (Kompas Karl Shafek) di sebuah portal hiburan dan gaya hidup iaitu Pepatung.com.
  8. Seorang yang rabun jauh dan suka pakai cermin mata. Figura ini akan memakai kanta sentuh apabila berlakon atau mengacara sesuatu program.
  9. Memiliki bisnes pakaian berjenama sendiri iaitu Neonate Clothing yang mengetengahkan fesyen jalanan.
  10. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagran milik.

Aksi Lucu Menunggang Moto Karl Shafek

Gambar Karl Shafek Ibrahim Memakai Pakaian Sukan

Gambar Solo Karl Shafek

Gaya Casual Clothing Karl Shafek Ibrahim

Karl Shafek Ibrahim Lagak Ahli Korporat

Wajah Maskulin Karl Shafek Ibrahim


Carian Berkaitan

karl shafek biodata, biodata karl shafek, cj wow shop pengacara, karl shafek umur

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Karl Shafek #Karl Shafek #Karl Shafek Biodata #Karl Shafek CJ Wow Shop #Profil Karl Shafek

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa
Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan
Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui
Biodata Ben Amir, Semakin Laris Di Arena Lakonan
Biodata Ben Amir | Penangan drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot sedikit

Leave a reply "Biodata Karl Shafek, Pengacara CJ Wow Shop"