Langgan newsletter kami!
Kayda Aziz Bertudung Di Masjid Nabawi Madinah

Biodata Kayda Aziz, Anak Perempuan Sheila Majid

Sejak penampilan Kayda Aziz dalam drama terbaharu Astro bertajuk Mr Grey sebagai pelakon tambahan, ramai yang mahu mengenali gadis ini dengan lebih dekat lagi. Siapa Kayda Aziz? Beliau adalah anak kepada Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid.

Sebenarnya, Kayda Aziz bukanlah baru dalam industri seni tanahair. Beliau bermula sebagai penyanyi irama Hip Hop sejak 10 tahun lalu dan kerap membuat persembahan di pentas indie. Namun sejak akhir-akhir ini beliau cuba mengembangkan bakat dalam bidang lakonan dan ternyata ianya membuahkan hasil.

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda merupakan anak hasil perkahwinan Datuk Sheila Majid dengan komposer dan penerbit muzik, Datuk Roslan Aziz. Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Megat Abdul Majid Aziz.

Biodata Kayda Aziz

  • Nama Penuh: Wan Nur Khaleda Aziz
  • Nama Popular: Kayda Aziz
  • Umur: 27 tahun (2018)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak sulung daripada empat adik-beradik
  • Ibubapa: Datuk Roslan Aziz (bapa) Datuk Sheila Majid (ibu)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pekerjaan: Penyanyi, Penulis Lirik dan Pelakon
  • Drama: Mr Grey
  • Album: Love For No Reason
  • Instagram: @sizez3ro
  • Twitter: @sizez3ro
  • Website: www.kaydaaziz.com

Perkara Menarik Tentang Kayda Aziz

  • Dilahirkan dalam keluarga seni, Kayda Aziz mula menyanyi, menari dan menulis lirik lagu sendiri pada usia 13 tahun.
  • Pernah menjadi guru tadika di Sparkles Montessori di mana beliau mengajar Bahasa Inggeris dan Muzik kepada kanak-kanak berusia empat tahun.
  • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi pada tahun 2013.
  • Pernah muncul di dalam iklan komersil produk minuman Anlene bersama ibunya.
  • Sangat meminati penyanyi antarabangsa Beyonce, Aaliyah dan Lauryn Hill serta menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi.
  • Pernah dicalonkan untuk Anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Hip Hop Malaysia pada tahun 2013.
  • Single pertama berjudul “Down With Me” bersama Bem telah memenangi anugerah pada Voice International Music Awards (VIMA).
  • Mengeluarkan lagu remix dengan penyanyi / rapper Malaysia Hunny Madu bertajuk “Go Hard Or Gostan” dan dicalonkan untuk duo / kolaborasi terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) pada Disember 2016.

Foto Kayda Aziz Dan Family Menunaikan Umrah

Gambar Keluarga Kayda Aziz

Kayda Aziz Bertudung

Kayda Aziz Di Madinah

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: