Biodata Nabila Huda, Pelakon Wanita Anak Kepada Amy Search

Fesyen Muslimah Nabila Huda

Siapa tak kenal Nabila Huda. Pelakon wanita yang boleh dianggap senior dalam industri penyiaran negara. Anak kepada penyanyi rock popular Amy Search sememangnya boleh dikategorikan sebagai diva kerana telah banyak membintangi filem, telefilem dan drama di Malaysia. Antara filem box-office lakonannya adalah Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-pari dan Bohsia 2; Jalan Kembali dan Munafik.

Bermula dengan pelakon sampingan, beliau yang pada mulanya dianggap menumpang populariti ayahnya namun sedikit demi sedikit telah membina namanya sendiri malahan setaraf dengan ayahnya sendiri. Walaupun pernah juga terpalit dengan pelbagai kontroversi, termasuk dengan Amy Search sendiri, Nabila Huda kini telah hampir 20 tahun dalam industri. Syabas!

Biodata Nabila Huda

  • Nama Penuh: Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman
  • Nama Komersial: Nabila Huda
  • Nama Panggilan: Abil
  • Tarikh Lahir: 2 Disember 1984
  • Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Umur: 33 tahun (2017)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pekerjaan: Pelakon, pengacara
  • Tahun Aktif: 2001 – kini
  • Status: Berkahwin
    – Nama Suami: Zaidi Zailani (2008 – 2011; bercerai)
    – Nama Suami: Mohd. Izwan Johar (berkahwin 2015)
  • Nama Anak: Keisha Laila
  • Zodiak: Sagittarius
  • Ibu Bapa: Amy Search (ayah) Faridah Fadzil (ibu)
  • Drama, Telemovie dan Filem: Akulah Balqis, Ariana Rose, Antidot, Teduhan Kasih, Masihkah Ada Cinta, Impak Maksima, Di Luar Itu Bukan Syurga, Golliwog, Diari Dewi, Serkam Cinta, Kerana Budi, Cinta Untuk Ain, Sutra Maya, Sari Maya, Cinta Dia, Rock, Akhirat, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-pari dan Bohsia 2; Jalan Kembali, Munafik, Tombiruo: Penunggu Rimba dan banyak lagi.
  • Instagram: @kupu_kupu
  • Twitter: @abilsuhaimi
  • Wikipedia: hhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Nabila_Huda

Fakta Menarik Tentang Nabila Huda

  • Mula menempa nama dalam dunia lakonan menerusi watak-watak antagonis.
  • Memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2001 semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Mula berlakon filem pada 2005 iaitu melalui filem komedi muzikal arahan Mamat Khalid berjudul Rock yang dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman dan Soffi Jikan di mana Nabila Huda memegang watak sebagai Nurfarzana @ Foxy Lady.
  • Merupakan anak sulung kepada legenda rock Amy Search.
  • Mempunyai empat adik-beradik berlainan ibu iaitu Irisha Myra (lahir 1997), Alexander Zulkarnain (lahir 2003), Sania Samara (lahir 2005) dan Qaqa At-Tameemi (lahir 2008).
  • Suaminya Mohd Izwan Johar adalah seorang tauke kafe hipster.
  • Pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-28 (2016) dan anugerah Gandingan Serasi Filem (bersama Syamsul Yusof) pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (2017) menerusi filem Munafik.

Gambar Menarik Nabila Huda

Fesyen Muslimah Nabila Huda

Foto Nabila Huda Semasa Penggambaran Drama

Gadis Melayu Nabila Huda

Gambar Nabila Huda Bertudung

Gambar Nabila Huda Semasa Kecil (Bersama Amy Search)

Gaya Tudung Nabila Huda

Image Of Nabila Huda

Nabila Huda Berhijab

Nabila Huda Dalam Racangan Agama Di Astro Oasis

Nabila Huda Dan Sharifah Sakinah Bertudung Comel

Nabila Huda Dan Sharnaaz Ahmad

Nabila Huda Memakai Topi

Nabila Huda Pakai Telekung Solat

Telatah Spontan Nabila Huda


Carian Berkaitan

biodata nabila huda, nabila huda biodata

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #biodata nabila huda #nabila huda anak amy search #nabila huda biodata #nabila huda cerai #nabila huda kahwin #nabila huda suami #suami nabila huda

As’ad Motawh – Penyanyi Kegilaan Budak Sekolah [Gambar]
Cuba tanya budak sekolah, siapa yang tak kenal As’ad Motawh? Penyanyi lagu ‘Senyum’ ini
Biodata Alif Hadi
Alif Hadi, selebriti yang mula dikenali semenjak kemunculannya pada program realiti Fear Factor Selebriti
Biodata Nina Nadira, Artis Serba Boleh
Nina Nadira adalah artis serba boleh yang mula dikenali selepas penyertaan dalam rancangan
Biodata Raf Yaakob, Suami Mawar Rashid
Tahniah buat Raf Yaakob dan Mawar Rashid kerana telah selamat bergelar suami isteri pada

Leave a reply "Biodata Nabila Huda, Pelakon Wanita Anak Kepada Amy Search"