Biodata Nedim Nazri, Suami Nora Danish

Pasangan Romantik Nora Danish Dan Nedim Nazri

Selamat pengantin baru diucapkan kepada pelakon dan pengacara cantik manis, Nora Danish dan pasangannya, Nedim Nazri yang telah selamat diijabkabulkan di Glasshouse, Seputeh pada 30 Mac 2017 lalu.

Dengan dua kali lafaz, pasangan merpati dua sejoli ini dinikahkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Khairul Asyraf Ahmad.

Menerima mas kahwin bernilai RM300.00 dari pihak lelaki, majlis tersebut diadakan secara sederhana dan tertutup di mana hanya dihadiri oleh ahli keluarga, saudara mara dan rakan terdekat.

Untuk pengetahuan pembaca, Nedim merupakan anak lelaki kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan Jejaka berbintang Sagitarius ini.

Biodata Nedim Nazri

  • Nama Penuh: Mohamed Nedim Mohamed Nazri
  • Nama Komersil: Nedim / Boss Ned
  • Tarikh Lahir: 9 Disember 1983
  • Umur: 34 Tahun (2017)
  • Zodiak: Sagitarius
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Nora Danish
  • Kerjaya: Pegawai Khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Bendahari Pemuda UMNO Padang Rengas
  • Instagram: www.instagram.com/boss_ned

Trivia Menarik Nedim Nazri

  1. Pernah berkahwin dengan wanita bernama Nabilah Khan (Bee Khan) pada tahun 2011 sebelum bercerai dua tahun kemudian.
  2. Dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Nedrin (Dre) hasil perkahwinan terdahulu.
  3. Dilaporkan oleh media tempatan, Nedim dan Nora Danish mula intim sejak 2013 dan kedua-duanya juga tidak pernah berselindung tentang hubungan yang terjalin.
  4. Hubungan mereka juga pernah dilaporkan putus seketika sekitar Ogos 2015.
  5. Nora Danish menyifatkan suaminya sebagai seorang yang baik hati, penyayang, bertanggungjawab, sensitif, kelakar dan bergaya.
  6. Nedim mempunyai lebih 500,000 pengikut di Instagram miliknya.

Nora Danish Intim Bersama Nedim

Foto Romantis Nora Danish Dan Nedim

Gambar Kahwin Nedim Nazri Dan Nora Nanish

Gambar Nedim Dan Ayahnya Nazri Aziz

Gaya Kasual Fesyen Nedim Dan Nora

Gaya Selepas Kahwin Nedim Nazri & Nora Danish

Nedim Beriadah Dengan Anak

Nedim Dan Nora Di Hari Raya

Nedim Nazri Bersama Anak Lelakinya, Nedrin

Nedim Nazri

Nedim01

Nora Danish Dan Nedim Nazri


Carian Berkaitan

nedim nazri umur, biodata suami nora danish, biodata nedim nazri, biodata nedim

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts


Artikel Berkaitan

Tags: #Biodata Nedim Nazri #Nedim Anak Nazri Aziz #Nedim Nazri #Nedim Nazri Biodata

Biodata Dzawin, Pelawak Muda Dari Indonesia
Biodata Dzawin Nur Ikram. Anda peminat setia program lawak Maharaja Lawak Mega (MLM)
Biodata Sufi Rashid, Penyanyi Kelahiran Singapura
Siapa yang tidak mengenali juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Sufi Rashid atau nama
Biodata Miera Leyana, Aktres Kontroversi Dari Johor Bahru
Biodata Miera Leyana. Sedar atau tidak, perjalanan anak seni bernama Miera Leyana ini
Biodata Shima Anuar, Pelakon Cantik Milik Ahli Perniagaan
Baru-baru ini, nama Shima Anuar hangat diperkatakan di media-media sosial. Ini kerana, pelakon

Leave a reply "Biodata Nedim Nazri, Suami Nora Danish"