Biodata Tisha Shamsir, Artis Yang Berasal Dari Pasir Puteh, Kelantan

Inspektor Tisha Gerak Khas

Tisha Shamsir merupakan artis dan pelakon wanita Malaysia yang menonjol menerusi drama bersiri Gerak Khas sebagai Inspektor Tisha. Keberkesanan watak yang dibawa oleh beliau menjadikan Datuk Yusof Haslam terus mengekalkan beliau untuk drama kepolisan di bawah Skop Production.

“Saya dulu pernah bercita-cita nak jadi polis. Tapi bila berlakon sebagai polis, saya rasa seperti cita-cita saya dah pun menjadi kenyataan. Selain itu, saya rasa bertuah kerana drama dan karakter yang dibawakan bukan menampilkan hiburan semata-mata, tetapi juga boleh mendidik dan memberi pengajaran kepada penonton,” – Tisha Shamsir

Dikurniakan suara yang lunak merdu, Tisha juga merupakan seorang penyanyi dan pernah menjadi salah seorang peserta Mentor musim keenam. Beliau memulakan karier awalnya sebagai seorang penyanyi dengan menghadiri ujibakat pertandingan ‘Audition’ terbitan ntv7.  Untuk rekod, Tisha sebenarnya mewarisi bakat seni bapanya, Shamsir Alam Mohd. Zainal, 62 tahun, yang merupakan bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera.

Jom kita berkenalan dengan artis dari Kelate ini.

Biodata Tisha Shamsir

  • Nama Penuh: Shanorbiah binti Shamsir Alam
  • Nama Lain: Latisha Shamsir Alam
  • Nama Komersial: Tisha Shamsir
  • Asal: Pasir Puteh, Kelantan
  • Umur: 31 Tahun (2017)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Adik-Beradik: Anak kelima daripada tujuh beradik
  • Status: Berkahwin pada 2016
  • Nama Suami: Mohd. Ady Hafize Hanaffiah
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
  • Program TV: Audition (ntv7), Mentor musim ke-6
  • Drama: Gerak Khas, Dia Bidadariku, Titian Cinta (2017)
  • Filem: Villa Nabila
  • Instagram: @tisha.shamsir.alam
  • Twitter: @tisha_shamsir

Tisha Shamsir Nampak Kurus

Cantiknya Tisha Shamsir Bertudung

Fesyen Muslimah

Gadis Gedik Bertudung

Gambar Tisha Shamsir Berhijab

Inspektor Tisha Gerak Khas

Manis Bertudung Tisha Shamsir Dan Mia Ahmad

Tisha Shamsir Berniaga Pasar Malam

Tisha Shamsir Dan Pelakon Kuna

Tisha Shamsir Di Lokasi Penggambaran

Busana Muslimah Tisha Shamsir

Tisha Shamsir Selfie


Carian Berkaitan
artis malaysia asal kelantan, shanorbiah shamsir, ujibakat pelakun oleh tisha, umur tisha shamsir

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #biodata tisha shamsir #tisha shamsir biodata #tisha shamsir gerak khas #tisha shamsir instagram

Biodata Instafamous Kembar – Eira Tajudin & Eika Tajudin
Siapa tak kenal gadis comel bernama Eira Tajudin dan Eika Tajudin ini. Gadis
Biodata Cupcake Aisyah, Vlogger Comel Serba Boleh
Siapakah Cupcake Aisyah? Gadis comel ini adalah seorang instafamous dan vlogger popular. Memiliki
Biodata Sharifah Rose Sabrina, Instafamous Cantik Bertudung
Siapakah Sharifah Rose Sabrina? Adakah beliau setanding dengan seorang lagi instafamous yang popular
Biodata Taufiq Hanafi, Pelakon Berasal Dari Pontian
Siapa dia pelakon Taufiq Hanafi ini? Dalam kemunculan terbaru di kaca TV, Taufiq Hanafi

Leave a reply "Biodata Tisha Shamsir, Artis Yang Berasal Dari Pasir Puteh, Kelantan"