Biodata Zynakal, Penyanyi Lagu Terbang

Gambar Zynakal

Ramai yang tercari-cari biodata Zynakal selepas penyanyi ini menjadi viral gara-gara lagu berjudul ‘Terbang‘. Video muzik ‘Terbang’ telah mencatat tontonan lebih dari sejuta views selepas hanya beberapa minggu dikeluarkan iaitu pada 19 September 2018.

Untuk rekod, single pertama Zynakal berjudul Terbang yang dicipta oleh Zynakal sendiri bersama Sufian Suhaimi, Faiz Ruzaini dan Alabbas ini telah dilancarkan di Sri Lanka. Lebih menarik lagi apabila cara pelancaran itu menyaksikan beliau menerbangkan wartawan Malaysia ke lokasi majlis yang berlangsung di Galle Face Hotel, Colombo, Sri Lanka.

“Saya bukan datang daripada keluarga berada seperti yang diperkatakan tapi saya sendiri yang berusaha keras mencari penaja untuk membawa saya dan rakan-rakan ke Sri Lanka. Selain itu juga, saya mahu memenuhi impian ibu yang teringin sangat datang ke sini tapi tak pernah dapat peluang itu. Kiranya, saya mewakili ibu datang ke sini dengan melancarkan single pertama saya berjudul Terbang,” kata Zynakal kepada mStar Online.

Sebelum bergelar penyanyi arus perdana, Zynakal telah bekerja di belakang tabir dan pernah terlibat dalam penciptaan beberapa lagu popular seperti Sabar (Ismail Izzani), Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli) dan Terasa Cinta (Fara Hazel dan Aiman Tino).

Zynakal juga merupakan anak saudara kepada penyanyi lagenda iaitu Zamani Slam yang dipanggil Pak Su. Zamani merupakan adik bongsu kepada ibunya Zuraidah Ibrahim, 51 tahun, daripada tiga adik-beradik.

Biodata Zynakal

  • Nama Penuh: Muhammad Raziq Rosli
  • Nama Popular: Zynakal
  • Umur: 20 tahun (2018)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Ibubapa: Zuraidah Ibrahim (ibu)
  • Pendidikan: Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru, Johor
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Syarikat rakaman: Virtuosity Production Sdn Bhd
  • Instagram: @zynakal
  • Twitter: @zynrazyn

Foto Spontan Zynakal

Imej Zynakal Berbaju Melayu Tradisi

Zynakal Dan Syamsul Yusof

Zynakal Dan Zamani Slam (saudara)


Carian Berkaitan
gambar zynakal, anak saudara penyanyi zamani slam, biodata zamani, zynakal biodata

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #zynakal biodata #zynakal terbang #zynakal wikipedia

Biodata Sharifah Rose Sabrina, Instafamous Cantik Bertudung
Siapakah Sharifah Rose Sabrina? Adakah beliau setanding dengan seorang lagi instafamous yang popular
Biodata Taufiq Hanafi, Pelakon Berasal Dari Pontian
Siapa dia pelakon Taufiq Hanafi ini? Dalam kemunculan terbaru di kaca TV, Taufiq Hanafi
Biodata Arif Jiwa Asyraf, Cucu Dato’ Siti Nurhaliza
Arif Jiwa Asyraf merupakan cucu kepada penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Biodata Hafiz Nolan, Pelakon Baru Bintang DFKL 2017
Biodata Hafiz Nolan Nama Penuh: Mohamad Hafizudin Bin Mohd Ruslan Nama Popular: Hafiz Nolan Umur:

Leave a reply "Biodata Zynakal, Penyanyi Lagu Terbang"