Cara Menyemak Status Blacklist PTPTN


Anda pernah buat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) semasa belajar dulu? Dah bayar balik pinjaman tersebut? Jika belum, sila check senarai hitam PTPTN. Ada kemungkinan anda telah diblacklisted.

Semakan Peminjam PTPTN Yang Blacklisted

Untuk peminjam PTPTN yang gagal membayar pinjaman seperti yang telah ditetapkan, anda juga sebenarnya telah disenaraihitamkan untuk keluar negara. Senarai hitam dikenakan kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pembiayaan.

Semak Senarai Blacklist PTPTN Melalui Website di Bawah:

http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm

Sekiranya anda telah disenaraihitam, sila buat rundingan untuk menjelaskan amaun yang dipersetujui bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat. Peminjam dikehendaki membayar keseluruhan hutang pembiayaan atau keseluruhan tunggakan termasuk semua kos yang dikenakan sebelum nama mereka dikeluarkan daripada senarai hitam.

Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN dengan membuat apa-apa jumlah yang dipersetujui oleh PTPTN dan penstrukturan semula pembiayaan atau kaedah lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Rundingan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari sebelum ke luar negara.

Apakah implikasinya jika telah disenaraihitam? Bagi peminjam PTPTN yang telah blacklisted, mereka tidak akan dibenarkan memperbaharui passport dan dihalang daripada ke luar negara.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #blacklist ptptn boleh buat passport #semakan blacklist ptptn #semakan ptptn blacklist #semakan senarai hitam ptptn

SAPS Ibu Bapa Login: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
SAPS Ibubapa ataupun Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Garis Panduan Potongan Rambut Pelajar Sekolah
Beberapa hari lagi, sekolah akan dibuka untuk sesi persekolahan yang baru. Tentu saja
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Apakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam
Takwim Persekolahan Sesi 2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Ministry of Education (MOE) adalah kementerian yang bertanggungjawab membuat

Leave a reply "Cara Menyemak Status Blacklist PTPTN"