Langgan newsletter kami!
Sakit Ketika Haid

Senarai Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Datang Bulan

Ada Ke Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Datang Bulan? Jawapannya YA. Bila seorang wanita itu haid atau period, hormon tubuh akan menjadi tidak stabil mengakibatkan selera makan berubah. Anda akan rasa nak makan pelbagai makanan terutamanya makanan yang manis. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan semasa datang bulan bagi menhindarkan masalah seperti sakit perut, cramp atau kejang.

Pantang Larang Makanan Ketika Haid

1. Makanan Bergoreng

Ketika datang bulan, elakkan memakan makanan yang bergoreng atau kalau tidak mampu kurangkanlah pengambilannya. Ini kerana makanan yang digoreng seperti ayam goreng, ikan dan sayur goreng mengandungi minyak yang mampu meningkatkan kadar estrogen di dalam tubuh wanita. Hormon estrogen yang berlebihan akan menyebabkan perut menjadi kejang dan sakit.

2. Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti kopi perlu dijauhkan sewaktu anda dalam haid. Bagi pengemar kopi seperti cappuccino, latte, americano dan sebagainya perlu menahan diri buat sementara waktu dahulu. Ini kerana minuman ini akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit hingga menyebabkan perut berasa tegang.

3. Minuman Tenaga, Bergas dan Soda

Siapa tak suka minum minuman bergas kan? Tambahan lagi bila dihidangkan sejuk dan diminum ketika cuaca panas. Namun begitu tahukah anda bahawa minuman tenaga seperti Red Bull dan Livita serta minuman bergas seperti Coca-cola dan Pepsi mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Pengambilan minuman ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah anda meningkat. Kesan daripada itu akan menjadikan tubuh anda lesu dan juga menjadikan emosi anda kurang stabil, antaranya menyebabkan rasa sedih dan kurang berkeyakinan.

4. Makanan Segera

Makanan segera perlu dielakkan ketika anda period kerana makanan ini mengandungi natrium yang boleh menyempitkan pembuluh darah anda. Makanan segera juga mengandungi lemak yang tinggi sekaligus meningkatkan kadar hormon estrogen.

5. Makanan Berlemak Tinggi

Makanan yang berlemak tinggi seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia juga boleh menambahkan kesakitan dan meningkatkan masalah senggugut. Namun jika anda masih ingin makan daging, cuba gantikan daging yang berlemak dengan ayam ataupun ikan.

6. Aiskrim

Antara makanan favorites kaum wanita adalah aiskrim, Betul tak? Ketika haid, inilah makanan yang paling digemari wanita. Tetapi tahukah anda bahawa aiskrim merupakan antara makanan yang perlu dijauhi ketika datang bulan. Ini kerana aiskrim biasanya dibuat daripada produk tenusu yang mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti memakan daging yang berlemak. Jika anda masih mahu makan ais krim, pilihlah ais krim yang tidak mengandungi susu.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: