Teknologi IBS Dalam Pembinaan Bangunan


Industri pembinaan negara telah mengalami perubahan dengan penggunaan teknologi terkini yang secara tidak langsung meningkatkan tahap kualiti dan keselamatan sesebuah bangunan tersebut.

Maksud IBS

Apa itu IBS? IBS adalah singkatan kepada teknologi Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System. Ia adalah istilah yang digunakan di Malaysia untuk teknik pembinaan yang mana komponennya dibuat dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau luar tapak. Ia kemudiannya akan diletakkan dan dipasang di tapak pembinaan. Teknik ini adalah jawapan terbaik bagi menyelesaikan masalah yang sering berlaku di tapak pembinaan di negara ini.

Sejarah IBS di Malaysia

Perlaksanaan IBS di Malaysia menggunakan komponen konkrit pasang siap mula diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1964 dengan pelancaran dua projek pembinaan terawal yang terdiri daripada pembangunan Flat Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur dan Flat Rifle Range Road di Pulau Pinang.

Kelebihan IBS

Penggunaan IBS menjanjikan kelebihan berbanding sistem konvensional seperti pengurangan pekerja di tapak, pengurangan pembaziran bahan binaan, pengurangan bahan binaan di tapak, alam sekitar dan tapak binaan lebih bersih, kawalan kualiti lebih baik, tapak pembinaan lebih teratur dan selamat serta tempoh pembinaan lebih singkat.

Faedah yang diperolehi melalui sistem itu ialah pengurangan pekerja dan bahan di tapak, meminimumkan pembaziran, mesra alam, meningkatkan produktiviti dan kualiti, memendekkan masa pembinaan, mengurangkan kos dan menjamin keselamatan di tapak pembinaan.

Melalui klasifikasi berasaskan struktur, terdapat lima kumpulan IBS utama yang dikenapasti digunakan secara meluas di Malaysia seperti di bawah:

1. Pre-Cast Concrete Framing, Panel and Box System (Sistem Konkrit Pratuang)

Ia adalah antara jenis IBS yang paling diminati dalam industri pembinaan negara. Terbahagi kepada dua jenis utama iaitu struktur kerangka dan dinding galas beban.

Komponen tipikal dalam struktur kerangka adalah rasuk, tiang, papak dan dinding tidak galas beban. Kebiasaannya, komponen ini dihasilkan di luar tapak menggunakan mesin dan acuan. Jenis kedua pula ialah sistem dinding galas beban yang menawarkan sistem yang lebih mudah iaitu papak dan dinding. Kedua-dua komponen itu boleh dikeluarkan di kilang atau dibuat di tapak dan merupakan antara jenis popular ketika ini manakala jenis pertama adalah untuk menjadikan struktur lebih fleksibel dan mapan.

2. Steel Framing System (Sistem Kerangka Keluli)

Sistem Kerangka Keluli terutamanya untuk kerangka bumbung begitu digemari di negara ini. Keluli struktur sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan dengan panel papak dan dinding konkrit pratuang di dalam penghasilan struktur hibrid dengan masa yang cepat.

Komponen struktur sistem kerangka keluli terbahagi kepada dua jenis iaitu keluli tergelek panas dan sejuk, berasaskan kepada proses dan bahan di dalam pembuatan. Ia menawarkan pemasangan tapak lebih pantas dan pengurangan tenaga pekerja jika dibandingkan dengan lain-lain jenis IBS.

3. Steel Formwork System (Sistem Acuan)

Sistem ini menjalankan proses pembinaan menggunakan suatu cara yang sistematik dan berasaskan mekanikal. Menggunakan panel acuan yang boleh digunakan semula, pembinaan konkrit in-situ dapat dipertingkatkan. Ia mempercepatkan proses pembinaan melalui perlerakan konkrit dengan pantas.

Kos pula dapat dikurangkan melalui pemiawaian saiz struktur dan memastikan pergerakan dan kitaran pengkonkritan. Walaubagaimanapun, dinding dan papak dapat dihasilkan serentak melalui penggunaan sistem acuan terowong. Kebanyakan daripada sistem acuan adalah berasaskan keluli tetapi sejak kebelakangan ini sistem berasaskan aluminium dan plastik turut digunakan.

4. Pre-Fabricated Timber Forming System (Sistem Kerangka Kayu)

Kerangka kayu pasang siap adalah antara sistem IBS yang paling kurang digunakan. Kebanyakan sistem tempatan adalah untuk pembinaan kerangka bumbung. Penggunaan kayu pasang siap untuk komponen struktur yang lain adalah hampir tidak wujud di Malaysia kecuali untuk wakaf dan beberapa unit chalet khas.

Namun begitu, kerana rumah-rumah Melayu tradisional juga adalah merupakan rumah pasang siap daripada segi struktur dan fungsi melalui penggunaan tanggam tanpa paku dan keboleh-alihannya, adalah dijangkakan bahawa penyedia sistem pasang siap kayu tempatan akan turut menghasilkan produk selain kerangka bumbung di masa yang terdekat.

5. Block Work System (Sistem Blok)

Sistem Blok adalah suatu jenis IBS yang berasaskan teknologi konkrit pratuang. Sistem ini termasuk blok konkrit pratuang berongga, berkait dan juga berbusa. Oleh kerana saiznya yang kecil jika dibanding secara relatif dengan lain-lain komponen IBS, ia boleh diuruskan dengan mudah dan mempunyai darjah toleransi yang tinggi. Kebanyakan jenis blok tersebut juga ialah ianya boleh dibuat dengan mudah di tapak dan mempunyai kos pengeluaran yang rendah.

Jenis Pembinaan Bangunan Guna IBS (Industrialised Building System)

Jenis Pembinaan Bangunan Guna IBS (Industrialised Building System)

Sebagai penutup, pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah meminta semua pihak dalam industri pembinaan tempatan mengambil kelebihan daripada Sistem Binaan Berindustri (IBS) kerana sistem itu mampu menjimatkan kos pembinaan sehingga 35 peratus dan menjimatkan masa sehingga 50 peratus.

Namun tidak dinafikan masih terdapat kelemahan dalam penggunaan IBS contohnya, pemasangan IBS bagi bangunan perlulah tepat. Sebarang kesalahan lokasi pemasangan akan menyebabkan kesukaran pamasangan dan penyusunan dalam sistem ini. Selain itu, setiap bahagian penyambungan IBS perlu disemak dengan teliti terutamanya di bahagian laluan paip bagi menggelakkan laluan paip tersumbat ataupun berlaku kebocoran.

Sumber Rujukan: Kementerian Kerja Raya dan Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal, ICU JPM


Carian Berkaitan

sistem ibs, maksud ibs, rumah pasang siap, teknologi ibs

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #sistem IBS

Kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Penjawat Awam
Percutian merupakan sesuatu perkara yang sangat baik untuk melepaskan diri dari kesibukan rutin harian
Semakan dan Pembayaran Bil Elektrik TNB Secara Online
Mungkin ada di antara kita yang belum tahu bahawa bil elektrik TNB kediaman
Apakah Maksud Building Information Modeling (BIM)?
Definisi dan Maksud BIM Untuk mereka yang berada dalam industri AEC (Architecture, Engineering
Teknik Menyewa Rumah Secara Percuma!
Berikut adalah tips buat duit dengan sublet dan menyewa secara percuma serta dapat duit

Leave a reply "Teknologi IBS Dalam Pembinaan Bangunan"