Langgan newsletter kami!
Instagram Header

10 Selebriti Malaysia Dengan Followers Paling Ramai Di Instagram

Selain Facebook dan Twitter, Instagram merupakan salah satu platform media sosial yang tidak asing bagi pengakses dunia maya dan pencinta gadget hari ini. Melalui Instagram, kita boleh melihat dengan lebih dekat rutin kehidupan dan seni selebriti kesayangan or simply to see good stuff.

Jika di luar negara, penyanyi Selena Gomez mengungguli carta pertama mempunyai pengikut paling ramai di Instagram dengan jumlah mencecah 106 juta pengikut, siapa pula selebriti Malaysia yang berjaya mengumpul jumlah pengikut teramai?

Penasaran? Di sini, kami senaraikan top 10 selebriti negara yang paling berpengaruh di Instagram setakat 12 Januari 2017. Check them out!

  1. Yana Samsudin – 2.8 Juta Followers

Akaun Instagram: @yanasamsudin

Bintang filem Adnan Sempit ini rajin memuatnaik gambar setiap hari. Selain gambar perjalanan karier seni dan bisnes, Yana turut berkongsi foto dan video anak sulungnya iaitu Aisy Mateen yang kini berusia lima bulan.

  1. Rozita Che Wan (Che Ta) – 2.8 Juta Followers

Akaun Instagram: @rozitachewan1

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan pengacara cantik jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che ini.  Berkongsi jumlah pengikut yang sama dengan Yana Samsudin, Che Ta lebih suka berkongsi gambar-gambar swafoto dan wefienya bersama keluarga tercinta termasuklah gelagat comel putrinya, Aaisyah Dhia Rana. Memperlahankan bidang seni, Che Ta kini lebih fokus kepada hal ehwal rumah tangga dan perniagaannya.

  1. Awal Ashaari – 3 Juta Followers

Akaun Instagram: @awalashaari

Buat anda yang gemar berfesyen, penulis sarankan anda menjadi follower kepada pengacara Melodi ini. Suami kepada pelakon cantik, Scha Al Yahya ini tidak pernah gagal berfesyen dan stailo apabila bergaya terutamanya ketika sesi fotografi dan majlis anugerah. Menerusi postnya di Instagram, Awal turut berkongsi foto bersama isteri serta anaknya, Lara Alana dan kegiatan seni. Setakat ini, beliau telah memuatnaik lebih enam ribu gambar.

  1. Elfira Loy – 3.1 Juta Followers

Akaun Instagram: @elfiraloy

Pelakon kecik molek ini merupakan salah seorang selebriti tempatan yang sangat aktif berinstagram. Melalui akuan Instagramnya, Elfira baru sahaja melancarkan pakaian muslimah rekaan sendiri di bawah jenama EL by Elfira Loy dan menjadi duta pelembar bibir, Lord Cosmetics. Pemilik restoran Love Me Sevendays ini kini sibuk menguruskan perniagaan dan aktif dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan.

  1. Hanis Zalikha – 3.2 Juta Followers

Akaun Instagram: @haniszalikha

Berehat daripada bidang lakonan, isteri kepada pelakon kacak, Hairul Azreen ini banyak menghabiskan masa menguruskan anak dan suaminya. Hanis juga gemar berkongsi gambar dan video gelagat anaknya, Yusof Iskandar dan kucingnya, Bujibu yang mencuit hati. Di samping itu, pengacara Raikan Cinta ini juga sibuk dengan bisnes tudungnya iaitu Cakenis yang semakin mendapat sambutan.

  1. Scha Al Yahya – 3.5 Juta Followers

Akaun Instagram: @schaalyahya

Selain gambar bersama suami dan anaknya, Lara Alana, Scha berkongsi perkembangan karier seninya di Instagram.  Beliau kini sedang sibuk menjalani pengambaran drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen bergandingan bersama pelakon, Aiman Hakim Ridza yang bakal ditayangkan di Astro Ria Februari nanti. Wah, tak sabarnya!

  1. Datuk Siti Nurhaliza – 3.5 Juta Followers

Akaun Instagram: @ctdk

Penyanyi nombor satu Malaysia ini turut berkongsi jumlah pengikut yang sama dengan Scha Al Yahya. Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-38 pada 11 Januari lalu, beliau dilihat kerap memuatnaik foto suami tercintanya yang merupakan ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa. Selepas berjaya dengan produk komestik, SimplySiti, wanita kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini meluaskan empayar perniagaan dengan mengeluarkan label pakaiannya tersendiri, Creacion by Siti Nurhaliza.

  1. Zizan Razak – 3.7 Juta Followers

Akaun Instagram: @zizanrazak869

Walaupun sibuk dengan karier seni dan bisnesnya, pelawak dan pengacara hebat ini tidak lupa untuk update foto atau video terkini untuk tatapan peminat dan followernya. Selain membuat persiapan untuk menjalani pengambaran filem Polis Evo 2, Zizan turut melancarkan saluran YouTubenya sendiri iaitu Zizanology pada 11 Januari 2017 lalu.

  1. Neelofa – 4.1 juta Followers

Akaun Instagram: @neelofa

Jika tahun lalu menduduki tangga kelima, Neelofa bangkit ke tempat kedua sebagai selebriti Malaysia paling terpengaruh di Instagram.  Kejayaan dalam bidang perniagaan dan penangan drama bersiri, Suri Hati Mr Pilot sedikit sebanyak memberi impak kepada peningkatan followernya. Di samping berkongsi video tutorial tudung, anak jati Pasir Mas, Kelantan itu bijak berfesyen dan gemar memuatnaik gambar #ootd nya.

  1. Nora Danish- 4.3 Juta Followers

Akaun Instagram: @noradanish

Tahukah anda, Nora Danish merupakan selebriti Malaysia pertama yang mempunyai 1 juta pengikut di instagram. Selain berlakon dan menjalankan bisnes, Nora Danish telah melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian di mana beliau baru sahaja melancarkan lagu Ini Lagi Boom di YouTube bersama W.A.R.I.S. Setakat ini, beliau telah memuatkan lebih 160,00 foto di Instagram miliknya. Wow!

 

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

2 comments

  1. Mana nelydia senrose? She has 3M

  2. how you define selebriti malaysia?? selebriti yang lahir di malaysia?? selebriti yang popular di televisyen malaysia?? sila update list ni.. ada selebriti malaysia lain yang ada lebih 4 juta followers..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: