Langgan newsletter kami!
10 Tips Tipu Bini (Astro First)

10 Tips Tipu Bini (Astro First)

Sebuah filem komedi terbaru berjudul ‘10 Tips Tipu Bini‘ akan mula ditayangkan di Astro First mulai 7 Januari 2021. Filem hasil arahan Azizi Adnan ini dibintangi oleh ramai pelawak terkenal tanahair seperti Ropie, Khir Rahman, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Atu Zero dan Azlee Senario. Di samping itu, filem ini juga menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Dato Awie, Elizabeth Tan dan ramai lagi!

Info Filem

  • Tarikh Tayangan: 7 Januari 2021
  • Genre: Komedi
  • Stesen TV: Astro First (Saluran 480)
  • Penulis Skrip: Armada Al Haq
  • Pengarag: Azizi ‘Chunk’ Adnan
  • Produksi: Rumah Produksi Merah Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Ropie, Khir Rahman, Joey Daud, Dato Awie, Elizabeth Tan, Vicha, Nazia Mustafar, Ziema Din, Amy Nur Tinie, Monica Picca, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario

OST / Lagu Tema 10 Tips Tipu Bini

  • Sang Kekasih – Wings
  • Dubuk Liar – Wings

Sinopsis 10 Tips Tipu Bini

Mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Raffi, Kay dan Jepp yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Kuala Lumpur. Namun pada hakikatnya, mereka adalah suami yang terlalu takut dengan bini atau isteri masing-masing.

Kehadiran tiga gadis cantik yang bekerja sebegai pelatih atau ‘intern’ di syarikat itu membuatkan mereka berangan dan memasang niat nakal untuk memikat hati tiga orang gadis tersebut. Demi melaksanakan niat mereka, masing-masing telah merancang pelbagai penipuan yang tidak masuk akal. Saksikan filem komedi yang mencuit hati ini di kaca TV anda!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Poster 10 Tips Tipu Bini

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: