Langgan newsletter kami!
Anugerah Meletop ERA (AME)

15 Trivia Menarik Anugerah Meletop ERA (AME)

“Angkat Tangan, Angkat Tangan, Angkat Tangan (Meletop), Angkap Tangan..”

Bahang Anugerah Meletop ERA (AME) 2017 semakin terasa. Pastinya para peminat seni hiburan tanah air teruja dan tidak sabar-sabar menantikan keputusan selebriti mana yang bakal memenangi salah satu anugerah daripada 17 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Menariknya, AME 2017 kali ini mengetengahkan tema ‘Bergabung Lebih Meletop‘ serta menampilkan Nabil Ahmad, Neelofa dan Johan sebagai pengacara. Bakal diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, AME 2017 akan disiarkan secara langsung pada 23 April 2017 (Ahad) ini menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 9.00.

Manakala, hos untuk Karpet Merah Meletop akan dijayakan oleh penyampai radio Era.FM, Radin dan pelawak popular, Fad Bocey.

Berikut kami kongsikan dengan anda tentang 15 trivia menarik Anugerah Meletop ERA sejak diperkenalkan pada tahun 2014.

Trivia Menarik Anugerah Meletop ERA (AME)

  1. Antara selebriti popular negara yang pernah menjadi pengacara AME seperti Datuk AC Mizal, Zizan Razak, Johan, dan Jihan selain pengacara tetap Nabil Ahmad dan Neelofa.
  2. Selain Stadium Putra Bukit Jalil (2014 dan 2015), pihak produksi turut mengunakan Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur (2016) dan Stadium Melawati, Shah Alam (2017) sebagai lokasi majlis penganugerahan.
  3. Dalam memberikan kelainan, pihak produksi turut mengangkat satu tema bagi memeriahkan AME saban tahun. Antaranya, Yang Hit, Yang Meletop (AME 2014), Yang Hit, Yang Legend (AME 2015), Satu Undi, Seribu Senyuman (AME 2016) dan Bergabung Lebih Meletop (AME 2017).
  4. Sejak diperkenalkan pada 2014, AME memberi hak mutlak 100% kepada peminat dalam menentukan pemenang bagi setiap ketegori yang dipertandingkan menerusi undian atas talian seperti laman web rasmi, kiriman SMS dan aplikasi ERA atau Raku.
  5. Johan dan Ayda Jebat mengungguli Anugerah Top Top Meletop sebanyak dua kali iaitu AME 2015 dan AME 2016.
  6. Dua pakaian yang dipakai oleh Neelofa ketika mengacara AME 2014 iaitu pakaian jumpsuit berwarna merah jambu dan baju berwarna hijau dikatakan sama seperti Power Ranger Merah Jambu dan karektor antagonis Cell daripada kartun Dragon Ball.
  7. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut tersenarai sebagai calon lima terbaik bagi kategori Bintang Online Meletop bersama empat pencalonan lain iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak, Emma Maembong dan Shaheizy Sam di AME 2016.
  8. Datuk Siti Nurhaliza dinobat sebagai Bintang Online Meletop sebanyak dua kali iaitu AME 2015 dan 2016.
  9. Anugerah Wechat Meletop dan Anugerah Artis Serantau merupakan antara anugerah yang digugurkan selepas diperkenalkan pada tahun 2014. Anugerah Wechat Meletop itu pernah dimenangi oleh Zizan Razak manakala kumpulan Sleeq dinobatkan sebagai Anugerah Artis Serantau di AME 2014.
  10. Syarikat kecantikan dan kesihatan, Aura White Global Sdn Bhd (Aura White) telah menjadi penaja utama kepada AME selama tiga tahun berturut-turut sejak 2015.
  11. Rancangan JoHaRa Pagi ERA mengungguli kategori Program Radio Meletop sebanyak tiga kali iaitu AME 2014, AME 2015 dan AME 2016.
  12. Datuk AC Mizal dan Johan turut menggondol anugerah Host Meletop dan Penyampai Radio Meletop sebanyak dua kali iaitu AME 2015 dan AME 2016.
  13. Rancangan komedi terbitan Astro iaitu Maharaja Lawak Mega pernah memenanggi Program Meletop di AME 2014 dan AME 2015.
  14. AME 2016 turut menyampaikan Anugerah Khas Meletop buat pertama kalinya kepada bekas pengulas sukan iaitu Zulkarnain Hassan.
  15. Buat julung kalinya, pihak produksi AME 2017 memperkenalkan satu kategori baru iaitu Si Cilik Meletop yang disenaraikan oleh anak-anak selebriti popular tempatan seperti Lara Alana, Yusuf Iskandar, Aira Ameena, Aaisyah Dhia Rana dan Seri Aileen Marissa.
Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: