Langgan newsletter kami!
Kucing Comel Sedang Tidur

4 Langkah Atasi Masalah Mengantuk Sewaktu Berpuasa

Dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, seringkali kita dihantui dengan masalah kesulitan untuk bangun sahur dan mengantuk di siang hari. Ia sememangnya menjadi lumrah kerana tubuh badan tidak dapat menikmati makanan dan minuman selama berjam-jam sehingga membuatkan kita menjadi lemah dan tidak bermaya.

Malah, kurang beristirehat turut menjadi antara penyumbang berlakunya gejala berkenaan.

Jika anda mengalami masalah ini, ikuti empat langkah untuk mengatasi masalah mengantuk di bulan puasa seperti di bawah. Take a look!

1. Tidur secukupnya di malam hari

Buat anda yang suka tidur lewat sebelum ini, sila ubah tabiat tersebut. Ini kerana kekurangan waktu tidur di malam hari bukan sahaja menyebabkan anda terlewat makan sahur atau terlepas waktu bersahur malahan membuatkan anda berasa lebih mengantuk di siang hari.

Oleh itu, rancanglah jadual tidur di bulan Ramadhan seperti tidur lebih awal supaya anda nampak bermaya dan bertenaga keesokan harinya.

2. Banyak minum air kosong

Menurut kajian pakar, otak manusia memerlukan bekalan oksigen yang cukup untuk berfikir. Apabila otak kekurangan oksigen, ia akan memberi kesan terhadap rangsangan pemikiran seseorang manusia dan membuatkan kita mudah rasa mengantuk.

Dengan memperbanyakkan minum air kosong terutamanya ketika bersahur menjadi alternatif terbaik untuk mendapatkan oksigen dan mengurangkan rasa mengantuk.

Ingat, kita digalakkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kesihatan tubuh badan.

3. Lakukan senaman ringan

Saat mengantuk ketika di pejabat, bilik kuliah atau bilik darjah, membuat anda berasa tidak selesa ketika melakukan sebarang pekerjaan atau belajar. Jika tidak diatasi, perkara ini akan menjejaskan kualiti kerja atau pembelajaran anda.

Lakukan beberapa senaman ringan seperti berjalan kaki atau turun naik tangga selama beberapa minit untuk mengembalikan bekalan oksigen ke otak anda. Aktiviti ini sedikit sebanyak mampu menghilangkan rasa mengantuk buat seketika.

4. Tidur Sekejap Pada Waktu Siang

Anda boleh tidur sekejap atau ‘napping’ ketika waktu rehat tengahari dengan tidur selama 20 hingga 30 minit. Setelah bangun, tubuh badan anda akan berasa lebih segar dan bertenaga untuk meneruskan kerja atau belajar. Tapi ingat, jangan tidur secara berlebihan.

Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang ini dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat di pertengahan hari yang disertai dengan niat. Ia sebenarnya adalah suatu sunnah.

 

Sabda Rasulullah SAW:
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
– Hadis Riwayat Ibnu Abbas

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. petua terbaik. terima kasih atas perkongsian. salam singgah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: