Langgan newsletter kami!
Yana Samsudin Bertudung

5 Artis Malaysia Yang Berasal Dari Johor

Jika sebelum ini penulis berkongsi mengenai artis Malaysia yang berasal dari Felda, Kelantan, Sabah dan Terengganu. Pada kali ini, penulis senaraikan untuk anda tentang lima artis Malaysia yang merupakan anak kelahiran Johor.

Untuk pengetahuan semua, ramai selebriti Malaysia sama ada bergelar pelakon, penyanyi, pengacara, atau deejay radio adalah anak jati negeri Harimau Selatan itu. Siapa saja mereka? Take a look!

1. Datin Alyah

Siapa yang tidak mengenali isteri kepada komposer hebat, Datuk Ramli MS iaitu Datin Alyah yang popular dengan lagu Kisah Hati, Yang Terindah dan Tak Mungkin Kerna Sayang.

Berasal dari Gelang Patah, Johor, pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hassan itu mula mengorak langkah sebagai seorang penyanyi setelah diangkat menjadi juara menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Selain Bintang HMI, Alyah pernah dinobatkan naib juara di pertandingan Asia Bagus pada tahun 1998 di Jakarta, Indonesia dan menyertai program nyanyian realiti iaitu One In A Million yang disiarkan di 8TV.

Sebelum bergerak solo, figura cantik molek ini juga pernah menyertai kumpulan hip hop, The Fabulous Cats pada tahun 2006.

Alyah menamatkan zaman bujang dengan Dato Ramli MS pada 18 Mac 2013 tetapi merahsiakan selama setahun lima bulan sebelum dihidu oleh media tempatan.

2. Najwa Latif

Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih dikenali sebagai Najwa Latif merupakan penyanyi berbakat besar yang dicungkil menerusi saluran YouTube sekitar tahun 2010.

Namanya mula meledak apabila lagu berhantunya iaitu Cinta Muka Buku menjadi siulan ramai dan mencetus fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air.

Selain Cinta Muka Buku, figura kelahiran Batu Pahat, Johor ini popular dengan lagu Carta Hati, Kosong, I Love You, Ada Mu, Satu, Sahabat (duet bersama Sleeq dan Syamkamrul), Untuk Dia (duet bersama Sleeq) dan Satu Hari Nanti.

Sepanjang tujuh tahun bergelar anak seni, anak ketiga daripada empat adik-beradik tersebut pernah dinobatkan Kolaborasi Terbaik menerusi lagu Sahabat di Anugerah Planet Muzik 2013, Anugerah Ikon Johor Belia Johor 2013 dan Anugerah Bakat Muda Selangor 2011.

3. Akim Ahmad

Lahir dari program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh, jenama Afiq Hakim Ahmad atau mesra disapa Akim Ahmad yang berasal dari Johor Bahru, Johor semakin gah di persada seni hiburan Malaysia.

Antara lagu-lagu popularnya ialah Bengang, Kau Dan Aku (duet bersama Mila Jirin), Inilah Cinta, Jahatnya Cinta (duet bersama Stacy) dan La La La (duet bersama Adira).

Namanya semakin mengharum apabila menyertai kugiran muzik rock yang dikenali sebagai Akim & The Majistret sekitar 2014 di mana lagu Mewangi dan Potret menjadi batu loncatan kepada kumpulan berkenaan.

Hero drama Kampung Girl itu menamatkan zaman bujang bersama penyanyi popular kelahiran Sabah, Stacy pada 5 Februari 2016 lalu. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Eshaal dan seorang anak angkat perempuan bernama Bella Valentina yang kini berusia enam tahun.

4. Ayai Illusi

Selepas dinobatkan juara Gegar Vaganza 1 (GV1), vokalis kepada kumpulan popular lewat 1980 an, Illusi, Ayai semakin dikenali ramai.

Paling menarik, anak jati Johor Bahru, Johor berkenaan diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai tenaga pengajar untuk Kilauan Emas 5 bergandingan dengan guru vokal terkenal iaitu Siti Hajar Ismail dan Shafizawati Shariff.

Terus mencabar diri, figura berusia 55 tahun tersebut berkolaborasi bersama penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) 2014, Firman menerusi program nyanyian duet terbaharu Astro, Duo Star. Menerusi Duo Star, pasangan ini mendapat tempat keempat yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000, baucer tunai GoShop dan trofi sumbangan Astro.

Untuk rekod, Ayai dan Illusi sudah merakamkan lima buah album dan kali terakhir mereka muncul dengan album Menggapai Pelangi pada tahun 1993. Malah, Ayai sendiri pernah merakamkan sebuah album solo bersama syarikat rakaman EMI pada tahun 1995 yang berjudul Ayai.

5. Yana Samsudin

Aktres cantik yang tidak asing lagi di layar perak, Yana Samsudin boleh dikatakan anak seni yang versatil. Bukan sahaja handal berlakon, suri hati kepada pelakon, Fadzil Zahari ini berbakat besar dalam bidang pengacaraan, nyanyian, pengarahan dan penulisan skrip.

Antara filem lakonan pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini seperti Adnan Sempit, Adnan Sempit 2, Adnan Sempit Sawadikap, Wawa Semput, Histeria, Kongsi, Aku Masih Dara, 8 Jam, Bini-Biniku Gangster dan Strawberi Cinta.

Berasal dari Yong Peng, Johor, Yana Samsudin yang mengenakan hijab pada April 2015 dilihat semakin memperlahankan aktiviti seninya di mana beliau kini memfokuskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan bisnes tudungnya, aYana by Yana Samsudin.

Diijabkabul pada 13 Februari 2015, Yana dan suami dikurniakan seorang anak lelaki sulung bernama Aisy Mateen yang dilahirkan pada 21 Julai 2016 di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya, Selangor.

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: