Langgan newsletter kami!
Stalkers Cafe (Kota Damansara) Oleh Fattah Amin

5 Restoran Milik Selebriti Malaysia

Menceburi bidang perniagaan menjadi alternatif kedua buat ramai selebriti tempatan dalam menjana pendapatan mereka. Pelbagai bisnes dijalankan oleh mereka seperti menjual minyak wangi, pakaian, tudung serta membuka restoran atau kafe.

Untuk kali ini, penulis ingin kongsikan dengan anda lima restoran yang dimiliki oleh selebriti Malaysia yang patut anda kunjungi. Penasaran? Check these out!

  1. Stalkers Cafe – Fattah Amin

Buat anda yang sukakan makanan barat atau western food, bolehlah mengunjungi restoran milik hero drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin iaitu Stalkers Café yang telah beroperasi sejak Oktober 2016 lalu.

Antara menu yang popular di kafe berkenaan seperti Roasted Chicken, Grilled Chicken Salad, Spicy Seafood Olio dan Lamb Loin.

  • Lokasi: No.3-1, Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Selasa- Jumaat (3.00pm-12.00am), Sabtu-Ahad (3.00pm-1.00am) dan Isnin (tutup).
  • Instagram: instagram.com/stalkerscafe

 

  1. Love Me Seven Days Cafe – Elfira Loy

Bermula dengan bisnes telefon, t-shirt dan skarf di bawah label Twinkle by Elfira, pelakon kecil molek ini mengorak setapak lagi dengan membuka kafe ala hispter yang dinamakan Love Me Seven Days yang menawarkan makanan berasaskan tempatan dan barat.

Laksa Sarawak, Wantan Mini Steamboat, Nasi Paprik, Bubur Cha Cha, Chicken Aglio Olia merupakan antara menu istimewa kafe berkonsepkan moden kontemporari ini.

 

  1. SukaSucre Bistro – Datuk Dr Fazley Yaakob

Siapa yang tidak mengenali juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012, Datuk Dr Fazley Yaakob. Selain sibuk sebagai motivator, penyanyi dan pelakon yang mesra disapa ‘Abang Asmara’ ini turut membuka kafenya yang dikenali sebagai Suka Sucre Bistro.

Selain menyajikan makanan berasaskan melayu fusion, bistro ini turut menyediakan pelbagai pencuci mulut dan manisan yang lazat seperti kek, cupcakes dan macaron.

  • Lokasi: Jalan 2/90, Taman Pertama, Cheras
  • Waktu Operasi: Selasa-Khamis (12.00pm-7.00pm), Jumaat-Ahad (12.00pm-10.00pm) dan Isnin tutup
  • Instagram: instagram.com/sukasucrebistro

 

  1. Rumah Kueh – Rita Rudaini

Siapa yang pernah mengunjungi Rumah Kueh? Untuk pengetahuan semua, Rumah Kueh merupakan restoran milik pelakon jelita, Rita Rudaini yang menyajikan makanan Melayu Utara.

Pelbagai aneka lauk-pauk disediakan oleh restoran ini seperti Asam Pedas Ayam Perlis, Ikan Manggut, Kari Sotong serta kuih-muih sebagai pencuci mulut buat pengunjung yang makan di sini.

  • Lokasi: Sunway Nexis, Kota Damansara; Petaling Jaya, Malaysia
  • Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10.30am-7.00pm), Isnin tutup
  • Instagram: instagram.com/rumahkueh

 

  1. Kidz & Crème – Aaron Aziz

Berkonsepkan mesra kanak-kanak, restoran yang dimiliki oleh pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz ini dibuka pada tahun 2014 lalu.

Menariknya, kafe ini menyediakan ruangan dapur khas buat kanak-kanak yang datang bersama ibu bapa mereka untuk bermain serta mempelajari mengenai dunia kulinari.

Selain pasta dan burger, kafe berkenaan turut menyajikan makanan seperti Nasi Ayam, Soto Ayam, Ikan Keli Belado, Mee Goreng, Nasi Goreng dan Black Pepper Chicken Chop.

  • Lokasi: 2-1 Jalan Setia Dagang U13/AJ Seksyen U13, Setia Alam,  40170 Selangor
  • Waktu Operasi: Isnin-Khamis & Ahad (12.00pm-10.00pm) dan Jumaat-Sabtu (12.00pm-11.00pm)
  • Instagram: instagram.com/kidzandcreme
Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: