Langgan newsletter kami!

5 Selebriti Wanita Malaysia Ini Mula Berhijab Menuju 2017

Pejam celik pejam celik, tahun 2016 bakal berakhir dan tahun 2017 akan menyusul tidak lama lagi. Pelbagai perkara suka duka dilalui industri hiburan tanah air sepanjang tahun ini termasuklah sebahagian selebriti-selebriti wanita negara mula berhijab dan menjadi wanita Muslimah yang lebih diredhai-Nya.

Untuk pengetahuan semua, pelakon dan model, Wardina diketahui antara yang menjadi pelopor kepada fenomena itu. Hijrah Wardina sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada ramai artis untuk tampil berhijab dan menutup aurat.

Di kesempatan ini, kami senaraikan 5 selebriti wanita Malaysia yang berhijab dalam penampilan diri. Mereka masih lagi anggun dan bergaya biarpun sudah berlitup. Kata orang, ‘sejuk mata memandang’. Biar apapun alasan mereka berhijab, moga-moga mereka akan dapat terus mengekalkan penampilan sebegini. Insha Allah.

 

Pelakon cantik popular, Fathia Latif atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff mula mengenakan hijab sepenuhnya sejak April 2016. Sejab berhijab, Fathia berasa lebih tenteram selain mengakui perjalanan hidupnya semakin teratur dan memahami keinginan diri.

“Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat.” – Berita Harian.

“Saya hanya berfikir tentang tanggungjawab seorang hamba kepada Pencipta-Nya. Gerun rasanya memikirkan tentang amalan kebaikan sendiri apabila teringatkan Dia. Sebab itu, saya nekad untuk berubah dan tidak menangguhkannya.” – Utusan Online.

Fesyen Fathia Latiff Tetap Anggun Bertudung Fathia Latiff Berhijab

 

  • Sherry Ibrahim

Anak jati Petaling Jaya, Selangor ini mula bertudung ketika menyambut ulang tahun kelahirannya ke-33 pada 3 April 2016. Bagi pelakon drama Cinta Ibadah ini, beliau cukup bertuah kerana diberikan peluang untuk merasai satu penghijrahan yang boleh disifatkan sebagai satu momen cukup indah dalam hidupnya.

“Keputusan yang saya buat ini (berhijab) begitu singkat sebenarnya. Bersempena dengan hari lahir, saya mahu hadiahkan sesuatu yang sangat bermakna buat ibu dan ayah. Sebelum ini saya membayangkan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi, saya rasa ibu dan ayah juga berhak mendapat rasa bahagia melihat anak mereka bertudung. Saya mahu menggembirakan mereka.” – Berita Harian.

“Sebenarnya, saya sudah lama terdetik untuk berubah (dengan mengenakan hijab). Cuma ada satu hari itu, entah bagaimana hati saya tiba-tiba terdetik untuk pakai tudung. Orang pertama yang tengok saya bertudung ialah ibu bapa saya. Mereka terkejut macam tak percaya betul ke dengan apa yang saya lakukan. Mereka sendiri tak sangka yang saya akhirnya mahu berubah begini.” – Kosmo.

Gambar Sherry Ibrahim Manis Bertudung

Sherry Ibrahim Selfie Bersama Peminat Cilik

 

  • Faye Kusairi

Lama menyimpan hasrat, pelakon popular, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi atau nama pentasnya Faye Kusairi, 29, akhirnya tampil dengan imej bertudung.  Anak kelahiran bumi Kenyalang itu turut mengharapkan doa dan sokongan peminat agar kuatkan hatinya menempuh fasa baharu kehidupannya.

“Saya sudah menyimpan hajat untuk bertudung sejak tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan hajat kerana terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, saya dapat menunaikan impian untuk berhijab. Boleh dikatakan hajat dan niat saya ini dapat disempurnakan pada masa yang sesuai. Allah sudah menyusun jalan hidup saya sebaik mungkin.”- Berita Harian.

“Saya bertudung bukan sebab nak kahwin atau jual tudung, kalau nak jual tudung saya boleh jual sahaja tanpa bertudung pun.” – mStar Online.

Fesyen Bertudung Faye Kusairi

Faye Kusairi Di Konti Radio

 

  • Azrinaz Mazhar Hakim

Sempena menyambut ulang tahun kelahirannya dan juga Awal Muharram yang lalu, bekas personaliti TV3 ini mengambil keputusan untuk menutup aurat dan berhijab. Sebelum berhijab, bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu turut mempersiapkan diri dengan mendalami ilmu agama.

“Kebetulan ketika meraikan ulang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung. Tidak lama selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah. Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya,”- Utusan Online.

“Tiada paksaan dan sama sekali bukan faktor luaran. Dengan hati yang cukup tenang, syukur atas segala-galanya. Doakan saya agar terus Istiqamah,”- Sinar Harian Online.

Fesyen DiRaja Azrinaz Mazhar Hakim

Azrinaz Mazhar Hakim Dan Wak Doyok

 

  • Ella

Mula berhijab sejak Ramadan lalu, Ratu Rock Negara, Ella, 50, semakin tenang dan berasa yakin dengan penampilan baharunya itu. Ibu saudara kepada penyanyi dan pelakon, Kaka Azraf itu nyata gembira dengan keputusannya untuk bertudung.

“Saya mula bertudung sejak Ramadan lalu. Alhamdulillah, saya juga berasa lebih tenang kini. Malah, suami (Azhar Husaini Ghazali) juga gembira dengan perubahan ini.” – Berita Harian.

“Saya tetap macam Ella yang dulu dan menyanyi lagu rock cuma mungkin tidak boleh terlalu lincah. Baju pula yang bersesuaian dengan imej baru ini. Saya harap peminat beri sokongan dengan keputusan saya ini.” – mStar Online.

Gambar Ella Dan Jojie Bertudung

Ella Berhijab

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

2 comments

  1. Syukur kepada mereka yang diberikan hidayah. Hidayah milik Allah, dia akan beri kepada sesiapa yang Dia mahu.

  2. sy pun mula berhijab sebelum bersama ISLAM sjk 4,,5 tahun masa tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: