Langgan newsletter kami!
Cara Lilit Tudung

Cara Lilit Tudung Mengikut Bentuk Muka

Seperti bentuk badan mempengaruhi pakaian anda, bentuk muka juga mempengaruhi pemakaian tudung anda. Ia bukanlah untuk mengekang kebebasan anda untuk bergaya, sebaliknya ia bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan apabila berfesyen. Keseimbangan itu penting dalam semua aspek kehidupan.

Ada beberapa jenis bentuk muka iaitu bujur, bersegi, bulat, segi empat, dan hati. Anda perlu memerhatikan bentuk wajah anda secara teliti di hadapan cermin untuk menentukannya.

Cara Lilit Tudung

Si Muka Bujur (oval)

Bagi anda dengan bentuk muka yang dikatakan sempurna ini, bersyukurlah kerana anda boleh melilit tudung mengikut bentuk muka anda yang sedia ada. Tiada masalah!

Si Muka Bersegi (rectangular)

Bagi yang mempunyai bentuk muka rectangular pula, anda perlu mengurangkan kelebaran bentuk muka anda dengan cara melilit tudung pada hujung bucu kening dan sehabis dahi yang boleh. Kuncinya adalah melilit tudung di bahagian paling belakang, jangan menutup kening dan dahi supaya muka anda nampak lebih panjang.

Si Muka Bulat (round)

Bagi anda yang berwajah bulat, anda mungkin cuba menyorokkan pipi dan dagu di bahagian tepi dan bawah tudung tetapi ini boleh menyebabkan muka anda kelihatan lebih bulat! Sebaliknya, biarkan bahagian tepi tudung jatuh pada pipi anda dan pinkan dengan longgar di bahagian dagu.

Si muka segi empat (square)

Bagi anda yang memiliki bentuk rahang yang menonjol, anda juga perlu pinkan tudung dengan longgar di bahagian dagu untuk menyamarkan bentuk rahang anda serta melilit tudung dengan bulat di bahagian dahi.

Si muka hati (heart)

Jika anda memiliki bentuk muka yang comel ini, anda perlu seimbangkan saiz dahi yang lebar dan dagu yang kecil. Elakkan daripada menambah saiz dahi anda dengan gaya tudung yang berlapis atau bertingkat dan lilitkan tudung pada bahagian bucu rahang anda sebelum dipinkan.

Itu dia garis panduan untuk anda melilit tudung bagi menampakkan bentuk muka yang seimbang. Boleh jadi, anda mempunyai bentuk muka yang berbeza dan unik daripada yang di atas tadi. Oleh itu, anda mestilah mengutamakan keselesaan juga. Asalkan anda selesa dan yakin dengan diri sendiri, anda pasti akan kelihatan menarik.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: