Langgan newsletter kami!
Syma Beauty

Biodata Syima Eima, Gadis Cantik Pengasas Syma Beauty

Siapa Syima Eima? Wajah putih mulus beliau menjadi idaman ramai gadis di luar sana. Gadis ini sebenarnya adalah pengasas produk kecantikan yang diberi nama Syma Beauty. Beliau seringkali berkongsi gambar-gambar menarik di Instagram yang pastinya membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana mengagumi kecantikan beliau.

Biodata Syima Eima

  • Nama Penuh: Siti Norhasyimah Azmi
  • Nama Panggilan: Syima / Eima
  • Asal: Kota Bahru, Kelantan
  • Umur: 25 tahun (2019)
  • Pendidikan: Jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kelantan
  • Adik-Beradik: Anak keenam dari sembilan beradik
  • Status: Berkahwin (pada 2014)
  • Nama Suami: Nik Muhd Amin
  • Anak: 2 orang (Nik Muhammad Izz Iskandar dan Nik Adam Shaquille)
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Pekerjaan: Instafamous, Model dan Usahawan Kosmetik, Pemilik Syma Beauty Skincare
  • Instagram: @syima_eima
Foto Adik Beradik Syima Beauty
Foto Adik Beradik Syima Beauty
Syima Dan Sheila
Syima Dan Sheila

Kisah Perniagaan Syma Beauty Skincare

Siapa sangka dalam usia semuda ini, Syima kini boleh berbangga dengan pencapaiannya sebagai pengasas dan founder kepada produk kosmetik Syma Beauty Skincare. Produk keluaran syarikatnya kini telah dipasarkan bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui negara luar termasuk India, Singapura dan Indonesia.

Menceritakan bagaimana tercetusnya idea mengkomersialkan produk warisan keluarga itu, Syima berkata, semuanya bermula selepas dia mengalami masalah kulit selepas menggunakan produk kecantikan yang dibeli melalui Internet.

Katanya, bimbang dengan keadaan wajah yang semakin teruk, dia kemudiannya beralih menggunakan produk turun temurun itu bagi mengembalikan semula kulit wajahnya seperti asal.

“Pada mulanya, saya sekadar mencuba produk kecantikan lain tetapi tidak menyangka pula produk itu mendatangkan kesan buruk. Malahan ia juga merupakan barangan tiruan yang akhirnya merosakkan kulit wajah saya. Oleh kerana bimbang, saya menggunakan semula produk warisan keluarga sehinggalah wajah saya kembali pulih. Saya tidak menyangka perubahan wajah saya disedari rakan-rakan dan ramai yang bertanya mengenainya sehinggalah saya terfikir untuk mengkomersialkan produk tersebut”

Syma Beauty Dulu Dulu. Gambar Sebelum Dan Selepas
Syma Beauty Dulu Dulu. Gambar Sebelum Dan Selepas

Mengulas lanjut, Syima berkata, jika pada permulaannya dia hanya mengeluarkan 500 unit untuk percubaan, namun ekoran permintaan yang memberangsangkan, dia kini perlu mengeluarkan sebanyak 1,000 unit setiap hari.

“Sekarang, produk saya telah dijual di kebanyakan kedai-kedai jamu dan ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya percaya kepada rezeki, walaupun banyak persaingan daripada peniagaan lain, saya tetap yakin dengan kemampuan produk sendiri. Lagi pula produk keluaran saya dijual pada harga mampu milik. Setiap wanita tidak kira peringkat usia mampu memilikinya”

Antara produk keluarannya adalah Syma Beauty Soap (Facial Cleanser), Day Cream With SPF 35, Night Cream, Miracle Toner, Miracle Whitening Lotion, White Coffee, Green Coffee dan banyak lagi. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lanjut tentang produk Syma Beauty SkinCare boleh lawati IG @symabeauty_hq.

Gambar Menarik Syima

Aksi Spontan SyimaGambar Perbezaan Wajah Syima Semasa Muda Zaman Sekolah

Gambar Terkini Syima EimaSyima Bertudung

Pemilik Produk Kosmetik Syima EimaSyima Dan Husband

Syima Eima Bercermin MataSyima Eima Di Samping Adik Beradik Dan Ibu Kandung

Syma BeautySyima Gadis Kulit Wajah Flawless

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: