Langgan newsletter kami!
Apa Itu Autisme

Apa Itu Autisme?

Maksud Autisme?

Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:

“Autisma adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, ‘rotememory’ dan lain-lain”.

Autisma juga dikaitkan dengan gangguan neurobiologi kompleks yang berlangsung sepanjang hidup dan dapat dikesankan melalui tingkahlaku, interaksi sosial dan komunikasi. Kanak-kanak yang menghadapi masalah autisma biasanya kelihatan normal tetapi berbeza dari segi tingkahlaku dan pola perkembangan.

Tanda-tanda autisma ini boleh dikesan seawal-awal umur tiga tahun. Masalah ini menyebabkan kanak-kanak mengalami kehidupan yang amat berbeza dengan kanak-kanak tipikal di mana mereka lebih suka bersendirian dalam dunianya sendiri dan menghadapi kesusahan dalam percakapan dan mengekspresikan diri menggunakan perkataan. Biasanya, mereka tidak dapat berkomunikasi tanpa bantuan khas. Mereka bertindak terhadap rangsangan luar dengan cara tersendiri. Contohnya, muzik dapat menganggukan orang yang mempunyai autisma dan sesetengah daripada mereka akan menutup telinga apabila mendengar muzik,bunyi atau suara yang asing.

Mereka juga akan berasa tidak selesa dengan sentuhan orang lain walaupun dengan cara yang lembut. Ibu bapa biasanya dapat mengesankan tanda-tanda autisma ini di awal usia dua tahun kanal-kanak. Ciri-ciri ini akan mengembangkan secara berperingkat tetapi terdapat juga kanak-kanak yang berkembang dan bertindak seperti normal dan kemudiannya mundur.

Austima tidak dapat disembuhkan tetapi keadaannya dapat ditambah baikkan melalui diagnosis dan intervensi pada peringkat awal. Budaya autisma sedang berkembang dengan sesetengah orang yang sedang mencari rawatan dan yang lain pula percaya bahawa autisma perlu diterima sebagai sesuatu yang istimewa atau berbeza malah bukannya sebagai sejenis penyakit.

Menurut kajian, terdapat 1 dalam 600 kanak-kanak yang mengalami masalah autisma dan kanak-kanak autisma lelaki adalah empat kali ganda lebih banyak daripada kanak-kanak autisma perempuan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: