Langgan newsletter kami!

Apakah Maksud Building Information Modeling (BIM)?

Definisi dan Maksud BIM

Untuk mereka yang berada dalam industri AEC (Architecture, Engineering & Construction), pasti pernah mendengar istilah BIM. Apakah yang dimaksudkan dengan BIM? Building Information Modeling ataupun BIM merupakan satu model digital bangunan yang boleh divisualisasi secara 3D fizikal dan mengandungi pelbagai maklumat geometri, fungsi, ciri atau parameter yang dihasilkan melalui beberapa perisian berkaitan.

BIM boleh digunakan untuk menunjukkan segala kitaran hidup bangunan termasuk proses pembinaan dan operasi kemudahan. Kuantiti dan kualiti dari suatu material dapat ditentusahkan dengan mudah. Skop kerja boleh dibahagikan, dipisahkan dan ditentukan. Sistem, pemasangan, dan urutan rangkaian dapat ditunjukkan dalam skala relatif dengan segala kemudahan atau kelompok kemudahan. BIM menghendaki perubahan pada tahap-tahap seni bina tradisional dan perkongsian data lebih banyak daripada yang digunakan arkitek dan jurutera pada umumnya. BIM boleh digunakan untuk mencapai kemajuan dengan gambar-gambar model dari bahagian-bahagian sebenarnya yang digunakan untuk membina suatu bangunan.

Sebagai contoh, seorang pemilik bangunan boleh mencari bukti bahagian mana yang bocor di dalam bangunan. Daripada menjelajah secara fizikal pada bangunan, dia kembali ke BIM dan melihat bahawa sebuah injap air terletak di lokasi suspek. Dia juga boleh mengetahui melalui model saiz injap secara khusus, pengeluar, nombor bahagian, dan maklumat lain yang pernah diteliti sebelumnya.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Perisian BIM, Faedah BIM dan Skop Penggunaan BIM, boleh rujuk gambarajah di bawah.

Sumber Rujukan: Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal, ICU JPM

Penerangan lanjut berkaitan Building Information Modeling (BIM) di Wikipedia.

Maksud Building Information Modeling (BIM)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: