Home / Hiburan / Avengers: Endgame Catat Rekod Kutipan Tertinggi Filem Sepanjang Zaman
Avengers Endgame Poster

Avengers: Endgame Catat Rekod Kutipan Tertinggi Filem Sepanjang Zaman

Filem superhero terbitan Marvel Studios, Avengers: Endgame kini menjuarai carta panggung dunia, menurut pengedar Walt Disney Co.

Hasil penjualan tiket Avengers: Endgame telah mengatasi kutipan USD$2.789 bilion sedunia yang diraih filem cereka sains karya James Cameron, ‘Avatar’ pada tahun 2009. Disney mengumumkan demikian dalam satu kenyataan di acara Comic-Con San Diego di mana syarikat itu turut mengumumkan barisan filem baru terbitannya.

Filem arahan pasangan adik-beradik Anthony dan Joe Russo, Avengers Endgame dimainkan di pawagam selama 13 minggu dan menjadi satu fenomena di serata dunia. Ia merupakan penutup cerita yang dikisahkan dalam 22 filem Marvel yang menjadi pujaan penonton selama sedekad di pawagam.

Filem tersebut antaranya dibintangi oleh Robert Downey Jr., Chris Hemsworth dan Scarlett Johansson sebagai sekumpulan superhero yang menentang watak jahat Thanos yang dilakonkan Josh Brolin.

Presiden Marvel Studios Kevin Feige memberitahu para peminat di Comic-Con bahawa Endgame dijangka mencatat kutipan pecah panggung, namun beliau turut menjangkakan filem itu akan kalah pada karya James Cameron yang akan datang.

James Cameron dijadual akan menerbitkan empat filem susulan Avatar mulai Disember 2021. Disney tahun ini memperolehi francais Avatar menerusi pembelian aset filem dan TV dari 21st Century Fox milik Rupert Murdoch.

Senarai Filem Dengan Jumlah Kutipan Tertinggi Sepanjang Zaman (All Time Box Office)

[table style=”nonestyle”]
Ranking Filem

Kutipan Seluruh Dunia (Juta)

Tahun
1 Avengers: Endgame
USD$2,791.2
2019
2 Avatar
USD$2,789.7
2009
3 Titanic
USD$2,187.5
1997
4 Star Wars: The Force Awakens
USD$2,068.2
2015
5 Avengers: Infinity War
USD$2,048.4
2018
6 Jurassic World
USD$1,671.7
2015
7 Marvel’s The Avengers
USD$1,518.8
2012
8 Furious 7
USD$1,516.0
2015
9 Avengers: Age of Ultron
USD$1,405.4
2015
10 Black Panther
USD$1,346.9
2018
11 Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2
USD$1,341.7
2011
12 Star Wars: The Last Jedi
USD$1,332.5
2017
13 Jurassic World: Fallen Kingdom
USD$1,309.5
2018
14 Frozen
USD$1,276.5
2013
15 Beauty and the Beast (2017)
USD$1,263.5
2017
16 Incredibles 2
USD$1,242.8
2018
17 The Fate of the Furious
USD$1,236.0
2017
18 Iron Man 3
USD$1,214.8
2013
19 Minions
USD$1,159.4
2015
20 Captain America: Civil War
USD$1,153.3
2016
21 Aquaman
USD$1,148.1
2018
22 Captain Marvel
USD$1,128.3
2019
23 Transformers: Dark of the Moon
USD$1,123.8
2011
24 The Lord of the Rings: The Return of the King
USD$1,119.9
2003
25 Skyfall
USD$1,108.6
2012
26 Transformers: Age of Extinction
USD$1,104.1
2014
27 The Dark Knight Rises
USD$1,084.9
2012
28 Toy Story 3
USD$1,067.0
2010
29 Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest
USD$1,066.2
2006
30 Rogue One: A Star Wars Story
USD$1,056.1
2016
31 Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
USD$1,045.7
2011
32 Despicable Me 3
USD$1,034.8
2017
33 Jurassic Park
USD$1,029.5
1993
34 Finding Dory
USD$1,028.6
2016
35 Star Wars: Episode I – The Phantom Menace
USD$1,027.0
1999
36 Alice in Wonderland (2010)
USD$1,025.5
2010
37 Zootopia
USD$1,023.8
2016
38 The Hobbit: An Unexpected Journey
USD$1,021.1
2012
39 The Dark Knight
USD$1,004.9
2008
40 Aladdin (2019)
USD$990.7
2019
41 Spider-Man: Far from Home
USD$979.4
2019
42 Harry Potter and the Sorcerer’s Stone
USD$975.1
2001
43 Despicable Me 2
USD$970.8
2013
44 The Lion King
USD$968.5
1994
45 The Jungle Book (2016)
USD$966.6
2016
46 Pirates of the Caribbean: At World’s End
USD$963.4
2007
47 Jumanji: Welcome to the Jungle
USD$962.1
2017
48 Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1
USD$960.4
2010
49 The Hobbit: The Desolation of Smaug
USD$958.4
2013
50 The Hobbit: The Battle of the Five Armies
USD$956.0
2014
[/table]

** Jumlah kutipan setakat 25 Julai 2019

Sumber: Box Office Mojo

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: