Home / Hiburan / BERNAMA Radio Kini Dikenali Sebagai Stesen Berita Bisnes Anda
Bernama Radio Logo

BERNAMA Radio Kini Dikenali Sebagai Stesen Berita Bisnes Anda

BERNAMA Radio kini telah mengubah namanya kepada Stesen Berita Bisnes Anda berkuatkuasa dari 1 Oktober 2019.

Stesen radio yang dahulunya menyiarkan berita tempatan, daerah dan dunia, acara padang secara langsung, laporan trafik, cuaca dan pasaran saham serta rancangan bual bicara dalam Bahasa Melayu, kini menjadi stesen radio Bahasa Melayu yang memberi fokus kepada dunia perniagaan.

Stesen Berita Bisnes Anda menyiarkan berita perniagaan terkini serta temuramah dan perbincangan yang memfokuskan kepada ciri-ciri keusahawanan dan pembangunan perniagaan dimana usahawan-usahawan yang berjaya akan berkongsi pengalaman mereka dalam mengatasi cabaran yang dihadapi dan meningkat perniagaan mereka.

Siaran-siaran ini ditujukan kepada para-peniaga amnya dan para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya.

Selaras dengan program Transformasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dijalankan Kementerian Pelajaran, Stesen Berita Bisnes Anda akan juga menyiarkan program mingguan yang memberi penegasan kepada isu-isu berkenaan TVET disamping temubual dengan graduan-graduan TVET yang kini menjadi usahawan yang berjaya.

Selain daripada menjadi platform untuk usahawan-usahawan ini berkongsi pengalaman mereka dengan pendengar, program mingguan ini akan juga mendorong pelajar-pelajar TVET untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dalam pembelajaran mereka.

Siaran stesen radio yang dimiliki oleh Agensi Berita Nasional Malaysia, BERNAMA ini dikendalikan dari Wisma BERNAMA.

Siaran Stesen Berita Bisnes Anda yang boleh didengar melalui frekeunsi FM 93.9 MHz (KL) FM 107.5 MHz (Johor), FM 100.9 MHz (Kuching) dan FM107.9 MHz (Kota Kinabalu) termasuk aliran dalam talian melalui Internet serta platform media sosial berjaya menarik enam juta capaian.

Sumber: Bernama

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: