Langgan newsletter kami!
Gambar Poster Aedy Ashraf

Biodata Aedy Ashraf, Pelakon Yang Semakin Dewasa

Bermula sebagai pelakon kanak-kanak, Aedy Ashraf kini semakin dewasa. Malah imej barunya yang kini berambut panjang dan berbadan sasa menampakkan kematangan pelakon ini serta ingin lari dari imej pelakon kanak-kanak yang begitu sinonim dengannya suatu masa dulu.

“Saya simpan rambut panjang kerana tak mahu kekal dengan watak kanak-kanak, bosanlah orang asyik kaitkan dengan zaman itu. Kalau boleh saya mahu watak yang lebih dewasa dan apabila berambut panjang begini boleh buat saya nampak lebih matang,” katanya.

Namun ada juga peminat yang kurang senang dengan imej baru Aedy Ashraf. Ada yang mengatakan Aedy Ashraf sengaja menunjuk-nunjuk di Instagram dengan gambar tidak berbaju. Sebaliknya apa yang ingin disampaikan oleh Aedy Ashraf adalah dia ingin memberi inspirasi kepada remaja lain agar tidak berputus asa untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. Hmm.. Nampak gaya peminat kena lebih berfikiran positif. Bukankah itu lebih baik?

Semoga pelakon filem Tentang Bulan ini terus berjaya di masa akan datang. Jom kita semak biodata beliau.

Biodata Aedy Ashraf

  • Nama Penuh: Mohammed Addy Ashraf Bin Rosmadi
  • Nama Komersial: Addy Ashraf / Aedy Ashraf
  • Tarikh Lahir: 20 September 1993
  • Umur: 24 tahun (2017)
  • Asal: Kelantan
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon
  • Tahun Aktif: 2003
  • Drama: Papa Nak Menantu, Dendam Aurora, Hero Seorang Cinderella, Bahagia Kasihmu, Black Belt Kaler Pink, Suamiku Paling Sweet, Lara Aishah, Sesal Separuh Nyawa dan banyak lagi
  • Telefilem: Komplot, Gadis Tudung Merah dan Labu Labi, Salam Buat Kekasih, Pulang, Memoir Pencanting Batik, Cerita Adam, Heri Bota
  • Filem: Cinta Cholesterol, Jutawan Fakir, Tangkai Jering, Tak Ori Tapi OK, Tentang Bulan, Dorm Melati
  • Instagram: @aedyxashraf
  • Twitter: @aedyxashraf

Aedy Ashraf Artis Bertubuh Sasa

Aedy Ashraf Artis Hisap Rokok

Aedy Ashraf Dengan Baju Melayu

Fesyen Santai Aedy Ashraf

Foto Aedy Ashraf

Gambar Aedy Ashraf Tak Pakai Baju

Gaya Pejabat Aedy Ashraf

Model Levis Aedy Ashraf

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: