Langgan newsletter kami!
Biodata Alya Iman

Biodata Alya Iman, Anak Kepada Azmil Mustapha

Siapakah gadis cantik yang bernama Alya Iman? Beliau merupakan anak perempuan kepada pelakon lelaki popular Malaysia era 1980-an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Selain itu, beliau juga merupakan seorang model dan pelakon wanita yang mula dikenali melalui telefilem pertama lakonannya iaitu Lelaki Kelas Sebelah. Ia adalah sebuah telefilem istimewa sempena Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang disiarkan di TV3 pada Januari 2019. Dalam telefilem yang turut dibintangi oleh Nabila Razali dan Ismail Izzani, Alya Iman memegang watak sebagai Mira.

Beliau seterusnya muncul dalam drama bersiri 20 episod berjudul Senafas Rindu yang membariskan pelakon seperti Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan. Drama yang bersiaran pada 4 Februari 2019 hingga 7 Mac 2019 ini ditayangkan melalui Slot MegaDrama Astro Ria. Dalam drama ini, Alya Iman memegang watak sebagai Shafika.

Untuk tahun 2020, Alya Iman sekali lagi akan muncul dalam drama bersiri bertajuk Bukan Kahwin Paksa yang akan ditayangkan melalui Slot Lestary TV3. Ia adalah sebuah drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil dan dibintangi oleh Kamal Adli dan Hannah Delisha. Drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan Global Station Sdn Bhd. Tarikh tayangannya masih belum dimuktamadkan namun dijangka akan ditayangkan pada Februari atau Mac 2020. Sama-samalah kita saksikannya di kaca TV nanti.

Biodata Alya Iman

  • Nama Penuh: Nur Alya Iman binti Azmil Mustapha
  • Nama Lain: Alyimn
  • Tarikh Lahir: 2001
  • Tinggi: 170 cm
  • Umur: 19 tahun (2020)
  • Ibubapa: Azmil Mustapha (bapa)
  • Adik Beradik: Anak bongsu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Jantina: Wanita
  • Bangsa: Melayu
  • Drama: Senafas Rindu (2019), Bukan Kahwin Paksa (2020)
  • Telefilem: Lelaki Kelas Sebelah, Tebus (2020)
  • Instagram: @alyimn

Fakta Menarik

  • Merupakan anak bongsu kepada pelakon Azmil Mustapha yang pernah popular menerusi watak Ali Setan.
  • Anak yang paling manja dan rapat dengan bapanya.
  • Bercita-cita menjadi juruterbang ketika zaman kanak-kanak.
  • Menjadi model muslimah sejak berusia 13 tahun dan kerap muncul sebagai model peragaan tempatan.
  • Mula terlibat aktif dengan dunia lakonan sejak 2018.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: