Sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari mula menjadi sebutan khalayak. Ramai yang memuji kelunakan suaranya dan bakat yang ada pada bintang dari Negeri Sembilan ini.

Singlenya iaitu Warkah Untukku semakin mendapat tempat di hati peminat di luar sana dan seringkali diputarkan di corong-corong radio kerajaan mahupun swasta tempatan. Untuk pengetahuan pembaca, lagu berkenaan merupakan ciptaan Hang Nadim (Akim) dan Laq.

Jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan figura cun ini.

Biodata Ara AF 2016

Trivia Ara AF2016

  1. Mendapat tempat keempat menerusi program realiti nyanyian terbitan Astro, Akademi Fantasia (AF) 2016.
  2. Pernah bekerja sebagai jurujual sebelum menyertai AF 2016.
  3. Menjalankan bisnes atas talian iaitu Ara Collection yang menjual koleksi pakaian seperti baju-T dan topi melalui Instagram.
  4. Meletakkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza sebagai penanda aras yang ingin digapainya.
  5. Menjadi viral di laman Youtube berikutan single Warkah Untukku yang banyak dinyanyikan (cover lagu) oleh penyanyi lain.
  6. Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.
  7. Mempunyai kelab peminat yang dikenali sebagai Ara Squad Fan (www.instagram.com/arasquadfansofficial).

Ara AF Dengan Gaya Feminine

Gambar Ara AF Berambut Panjang

Gaya Ara AF Yang Dikatakan Mirip Tomboy

Foto Santai Ara AF

Ara AF Menyanyi Lagu Warkah Untukku

Ara Bersama Rakan AF 2016

Carian Berkaitan: biodata ara af, biodata ara johari, ara af biodata, ara johari biodata